Aku baru je beli laptop Asus K501U ni minggu lepas. Harga saranan untuk laptop Asus model K501U di Malaysia adalah sekitar RM3,299. Kalau korang rajin sikit nak cari dalam Lazada atau 11Street, mungkin boleh dapat lagi murah.
Jadi kalau nak jimat beberapa ratus ringgit, boleh la beli secara online; macam aku. Hehehe. Dengan jimat beberapa ratus ni, korang boleh la beli SSD ke, nak upgrade RAM ke, atau beli aksessori laptop yang lain; cooler, sarung laptop, keyboard protector dan lain-lain.
Apa yang menarik dengan laptop Asus K501 ni?
Laptop ni agak nipis dan berat lebih kurang 2kg. Saiz pulak 15.6″ FHD. Ada ruang untuk M.2 SSD dan satu slot untuk RAM tambahan kalau nak upgrade. Berikut merupakan spesifikasi laptop Asus K501U masa aku beli:
Processor: Intel i7-6500U
Operating System: Windows 10 Home 64-bit
Memory: DDR4 4GB
Graphic: NVIDIA GeForce 940MX 2GB VRAM
Storage: 1TB 5400RPM SATA HD
Lain-lain maklumat korang boleh rujuk website Asus la.
Masa aku membuat pembelian laptop Asus K501U ni, aku dapat satu beg galas percuma. Sebelum-sebelum ni kalau aku beli laptop dapat beg jenis bimbit tu. Jadi beruntung juga la dapat beg galas. Lebih stylo. Hahaha.
Untuk entri seterusnya, aku akan kongsikan cara-cara untuk upgrade laptop Asus K501U ni. Bai.