windows 10 pro

Pengalaman Pertama Format Laptop kepada Windows 10 Pro

Share this article

Pada 13 Mac yang lalu, aku telah merajinkan diri untuk meng-format laptop kesayangan. Sistem operasi (OS) yang digunakan sebelumnya adalah Windows 7 Pro. Sistem operasi yang baru di-format adalah Windows 10 Pro.

Kenapa baru sekarang nak upgrade OS?

Aku merasakan bahawa laptop aku ni dah lama tak dikemaskini sistem operasinya. Jadi mungkin dah tiba masanya untuk aku update dan upgrade terus kepada sistem operasi yang lebih terkini dan hensem.

Macam mana nak format laptop kepada Windows 10 ni?

Senang saja ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Aku bagi 3 langkah mudah untuk format laptop kepada Windows 10 Pro menggunakan bootable USB.

Langkah Pertama

Sediakan satu pendrive untuk dijadikan sebagai bootable USB. Banyak je perisian percuma di internet yang boleh korang cuba. Antaranya adalah Rufus. Pastikan juga pendive tu sekurang-kurangnya 4GB ruang kosong untuk dipasangkan ISO Windows 10 Pro nanti.

Langkah Kedua

Install Windows 10 Pro yang dalam format ISO tadi ke dalam pendrive dengan menggunakan perisian Rufus (kalau korang guna Rufus la). Setting Rufus ni agak mudah. Pastikan korang pilih partition scheme dan file system yang betul.

One thought on “Pengalaman Pertama Format Laptop kepada Windows 10 Pro”

Comments are closed.