5 Tips Bagaimana Memilih VPS Hosting

vps hosting murah malaysia

Dalam post kali ini, aku nak kongsikan sedikit tips bagaimana memilih VPS hosting yang terbaik dan lebih nilai bagi setiap ringgit yang anda belanjakan untuk melanggan VPS hosting ni.

Dengan hadirnya lambakan VPS hosting murah di pasaran seperti Digital Ocean, Linode, Vultr dan lain-lain, mungkin ada yang tertanya-tanya kriteria apa yang perlu diambil kira selain daripada spesifikasi server (CPU, RAM, dan lain-lain).

Jadi, boleh la korang jadikan senarai dibawah sebagai satu checklist sebelum memilih VPS hosting idaman anda. Continue reading “5 Tips Bagaimana Memilih VPS Hosting”

Bengkel Asas WordPress dan VPS – Siri 1

bengkel asas wordpress vps

Kali ni aku nak kongsikan pasal Bengkel Asas WordPress dan VPS yang dianjurkan oleh Pisyek.com pada hari ini. Bagus Pisyek.com ni buat kelas masa cuti sekolah. Senang orang nak join. Hahaha.

Bengkel ni pada awalnya memang dah dirancang awal tapi aku tak tahu kenapa aku buat promosi di saat-saat akhir (kurang seminggu sebelum tarikh bengkel). Nasib baik ada juga yang sudi daftar dan datang. Terima kasih kepada para peserta yang join pada hari ini.

Terima kasih kepada ahli-ahli group FB Kedai Kopi WordPress (KKWP) sebab banyak menyokong bengkel ni. Terima kasih juga kepada para admin sebab bagi aku iklankan bengkel ni dalam KKWP. Hehehe.  Continue reading “Bengkel Asas WordPress dan VPS – Siri 1”

Hijrah dari Shared Hosting ke VPS Hosting Linode

Sempena tahun baru 1439H ni, Pisyek telah memberanikan diri untuk berhijrah dari shared hosting ke VPS hosting Linode. Tahun baru selalunya dikaitkan dengan penghijrahan, azam baru, checklist baru dan sebagainya. Pisyek juga tidak terkecuali.

Penghijrahan hosting ini merupakan julung kali buat Pisyek dalam arena pembikinan laman web (baca: web development) sejak terlibat dalam bidang ini dari tahun 2008 dan pada ketika itu Pisyek telah memilih DataKL sebagai web hosting Pisyek.com. Setia betul Pisyek pada syarikat hosting yang satu ni.  Continue reading “Hijrah dari Shared Hosting ke VPS Hosting Linode”