Hijrah dari Shared Hosting ke VPS Hosting Linode

Sempena tahun baru 1439H ni, Pisyek telah memberanikan diri untuk berhijrah dari shared hosting ke VPS hosting Linode. Tahun baru selalunya dikaitkan dengan penghijrahan, azam baru, checklist baru dan sebagainya. Pisyek juga tidak terkecuali.

Penghijrahan hosting ini merupakan julung kali buat Pisyek dalam arena pembikinan laman web (baca: web development) sejak terlibat dalam bidang ini dari tahun 2008 dan pada ketika itu Pisyek telah memilih DataKL sebagai web hosting Pisyek.com. Setia betul Pisyek pada syarikat hosting yang satu ni. 

Shared hosting tersangatlah berbeza dengan VPS hosting untuk pengetahuan anda. Dalam shared hosting, segalanya telah tersedia untuk anda. Kebiasaannya web panel seperti cPanel telahpun terpasang. Anda cuma perlu upload fail-fail website dan website anda terus siap. Setting lain-lain seperti database sangatlah minima.

Berbeza dengan VPS hosting, segalanya anda perlu buat sendiri. Anda perlu setup server sendiri dan lain-lain lagi. Perlu ada sedikit kemahiran dalam sistem operasi seperti linux. Pisyek pun masih lagi dalam proses pembelajaran.

Kenapa memilih VPS hosting?

Pada mulanya, Pisyek memang dah berkira-kira untuk bertukar hosting. Servis DataKL sejak-duamenjak ni sangat mendukacitakan (review DataKL hosting akan menyusul). Jadi setelah mengenalpasti beberapa hosting provider, Pisyek akhirnya memilih VPS hosting Linode.

#1 Tambah ilmu dan kemahiran

Sebelum ni tak pernah cuba VPS hosting, jadi kenapa bukan sekarang kan? Dengan mencuba sendiri, ilmu pun dapat. Boleh tanya kawan-kawan kalau ada kemusykilan.

#2 Lebih bebas

Fungsi dan kuasa pengguna di shared hosting sangat terbatas jika dibandingkan dengan VPS hosting. Dalam VPS, anda mempunyai kebebasan untuk memasang dan menggunakan apa saja software yang anda mahu.

#3 Kos efektif

Untuk jangkamasa panjang, VPS pada pendapat Pisyek adalah lebih menjimatkan dari segi wang ringgit.

Kesimpulan

Jika anda berminat untuk mencuba VPS hosting Linode, boleh beli menggunakan referral link Pisyek: https://bit.ly/linode-pisyek dan gunakan kod “DOCS10” ketika mendaftar akaun baru untuk mendapatkan kredit $10 secara PERCUMA.

Jika anda ada web hosting yang menarik untuk dikongsi, sila kongsikan di ruang komen.

6 Replies to “Hijrah dari Shared Hosting ke VPS Hosting Linode”

    1. $5 je sebulan dan hampir kesemua VPS provider yang well-known ada pakej ni. kira mampu milik la ni. 😛

      Walaupun ada yang offer lagi murah, tapi service mungkin tak setara.

      Kalau nak beli linode, jangan lupa guna referral link. hehehe.

      1. lebih kurang RM250++ jugalah per year ya. buat masa ni xda lagi kot projek nak pakai hosting lain.

        btw bro, aku ada reply komen ko kat blog aku. ada dpt notification ka?

        aku pun lupa bab notification ni, bila dpt notification ko reply komen aku kat sini baru teringat. haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *