Pagi tadi aku berkesempatan ke sebuah cawangan Yes di Greentown, Ipoh untuk proses terminate Yes 4G broadband aku yang telah pun digunakan sejak 2 tahun yang lalu.
Aku melanggan Yes 4G Broadband dulu pun untuk kegunaan isteri tercinta ketika masih di universiti dulu. Kawasan rumah sewa beliau hanya Yes 4G Broadband sahaja yang ok.
Jiran-jiran sekitar pun masa tu memang pakai Yes 4G broadband je. Jadi terpaksa la ambil pakej Yes 4G ni. Plan Yes 4G yang diambil adalah Super 78 dan pada ketika itu pakej ini tertakluk kepada kontrak selama 24 bulan. Continue reading “Pengalaman Pertama Terminate Yes 4G Broadband”