Pengalaman Pertama Terminate Yes 4G Broadband

Pagi tadi aku berkesempatan ke sebuah cawangan Yes di Greentown, Ipoh untuk proses terminate Yes 4G broadband aku yang telah pun digunakan sejak 2 tahun yang lalu.

Aku melanggan Yes 4G Broadband dulu pun untuk kegunaan isteri tercinta ketika masih di universiti dulu. Kawasan rumah sewa beliau hanya Yes 4G Broadband sahaja yang ok.

Jiran-jiran sekitar pun masa tu memang pakai Yes 4G broadband je. Jadi terpaksa la ambil pakej Yes 4G ni. Plan Yes 4G yang diambil adalah Super 78 dan pada ketika itu pakej ini tertakluk kepada kontrak selama 24 bulan. 

Cara Terminate Yes 4G Broadband

Senang je kalau pergi ke cawangan Yes 4G ni. Masa aku sampai di kedai Yes 4G Greentown, ada 4 orang staf yang menyambut ketibaan aku dengan muka yang tersenyum. Hanya ada seorang pelanggan sahaja ketika itu (aku la tu).

Aku pun cakap je kat staf di kaunter:

“Hai, saya nak terminate Yes 4G Broadband”

Staf di kaunter pertama pun dengan baiknya bagi aku sehelai borang untuk diisikan. Kemudian setelah diteliti akaun aku, ada tunggakan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Jadi aku pun ke kaunter bayaran (bersebelahan kaunter pertama tadi) untuk menjelaskan tunggakan. Ada tunggakan selama 2 bulan. Hehehe. Sebab tak guna sangat Yes 4G ni, itu yang culas dalam menjelaskan bil Yes. Nak pakai baru bayar. Hahaha.

Kad dah dicaj tapi transaksi gagal?

Kali pertama aku swipe (baca: masukkan kad dan tekan pin di terminal) kad debit tadi transaksi gagal kata staff di kaunter pembayaran tu dan meminta aku memasukkan pin sekali lagi.

Hairan juga sebab dekat fon dah dapat SMS ada transaksi POS.

“Mana boleh key-in pin lagi, ni sudah caj. Takkan kena bayar lagi.” kata ku kepada staf tersebut. Lepas tu dorang siap berbincang antara mereka berempat macam mana nak selesaikan masalah pembayaran ni.

Setelah keputusan bersama diambil, dorang catit nombor kad debit dan nombor telefon aku untuk rujukan. Itu sahaja.

Kesimpulan

Aku rasa kes macam aku ni selalu juga jadi dekat orang lain. Sebab ada sorang staf tadi cakap dia pernah ada situasi yang sama. Boleh kongsikan pengalaman korang dibawah jika ada.

Setakat malam ini, aku  masih ada lagi tunggakan dan bayaran pagi tadi masih belum diterima menurut portal Yes 4G Selfcare.

Aku juga tahu yang nak terminate Yes 4G Broadband ni sebenarnya boleh dilakukan dengan cara menghantar emel kepada pihak Yes. Tapi aku lebih selesa ke kedai fizikal. Hehehe.

P/s: Kedai yang aku pergi tadi adalah kedai yang sama aku daftar Yes 2 tahun lepas.

Kemaskini (14/11/2017):

Transaksi kad debit aku tempoh hari sememangnya gagal kata pihak Yes. Maka aku pun buat la pembayaran melalui portal Yes 4G Selfcare untuk menjelaskan bil yang tertunggak semalam.

Hari ni aku dah tak dapat nak login portal Yes 4G Selfcare dah.

Kemaskini (29/11/2017)

Semalam aku dapat panggilan telefon daripada seorang perempuan yang mengatakan beliau daripada YES4G. Beliau minta bukti pembayaran yang telah aku buat melalui portal Yes dan minta aku hantar screenshot kepada whatsapp beliau. Katanya Yes KL minta.  #wtf kan?

Aku tak puas hati lantas tweet @Yes4G untuk semak status akaun. Ternyata takde sebarang tunggakan dan akaun sudah pun ditamatkan.

terminate yes4g broadband

3 Replies to “Pengalaman Pertama Terminate Yes 4G Broadband”

    1. Dah cek dan memang transaksi hari tu gagal. Kena buat pembayaran semula.

      Tapi part betul ke tak akaun dah terminate tu rasa masih ragu-ragu lagi. Nak kena follow up lagi ni untuk kepastian.

  1. Pernah ada pengalaman mengunakan pakej dari YES tetapi hairan sebab cepat betul kuota habis walaupun puasa tengok Youtube.

    Habis kontrak terus terminate pakai Streamyx sampai lani biar 24 sehari tanpa risau kuota habis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *