ToyyibPay – Online Payment Gateway Termurah

toyyibpay pisyek

Jika dibandingkan dengan Billplz, pihak Billplz akan membuat pengesahan dengan cara transfer RM0.01 ke akaun untuk pengesahan nombor akaun bank (pengalaman aku yang lepas).

Kelebihan ToyyibPay

Selain daripada caj yang murah, apa yang aku suka adalah:

  1. Tiada caj kalau ambil Pakej Santai.
  2. Tiada caj pemasangan.
  3. Tak perlu bayar kedit untuk guna. Contohnya kalau transaksi anda berjumlah RM5, RM1 ringgit akan ditolak terus dari situ.
  4. Ada emel notifikasi bila settlement dibuat.

Kelemahan/Kekurangan ToyyibPay

Sebenarnya ada banyak lagi ruang untuk penambah-baikan yang oleh dibuat oleh ToyyibPay jika nak dibandingkan dengan servis yang ditawarkan oleh pesaing yang lain.

Antaranya:

  1. Hanya satu akaun sahaja boleh digunakan untuk WooCommerce integration. Kalau ada beberapa website, kene buat akaun yang lain.
  2. Program affiliate dan bagi saguhati kepada ahli affiliate.
  3. Tiada fungsi reset secret key dalam dashboard. Perlu hubungi mereka untuk reset.
  4. Servis sokongan emel (support via email) ni macam kureng sikit. Aku hantar emel tak dapat balasan. Jadi nak cepat boleh DM di facebook atau hubungi nombor telefon yang tertera.

Pihak ToyyibPay juga memaklumkan aku bahawa mereka sedang dalam proses menaiktaraf servis mereka. Jadi hujung tahun ni mungkin ada sesuatu yang menarik la yang dorang akan tawarkan.

Jadi, pendapat korang macam mana? Masih dengan Billplz/SenangPay/ipay88/eGHL? Boleh klik sini untuk cuba ToyyibPay – Payment Gateway Termurah. Percuma!

11 Replies to “ToyyibPay – Online Payment Gateway Termurah”

  1. terima kasih banyak2, dengan perkongsian… baru tau ada nama toyyibpay ni… boleh digunakan for next projek ni…

  2. Macam mana nak guna duit yang ada dalam toyyibpay tu? Meaning, nak withdraw duit yang ada dalam tu?

    1. Kalau ikut pengalaman saya, settlement toyyibpay adalah automatik.

      Toyyibpay transfer ke akaun saya pada hari berikutnya.

      1. pisyek, macammana kita nak update kita punya payment database kalau customer bayar guna kredit kad .. kat bahagian mana setting dia dalam toyyip api tu

        saya dah buat guna fpx so dah jadi dan dia dah update database tapi kalau guna kredit kad memang transaction customer succesful tapi kita punya payment database tak di update

        database ni saya maksudkan database kita sendiri .. bukan payment database dalam sistem toyyib tu

  3. Kalau daftar toyyibpay akaun transaksi pakai akaun personal atau syarikat ye?

Comments are closed.