ToyyibPay – Online Payment Gateway Termurah

toyyibpay pisyek

Sudah lebih sebulan aku guna ToyyibPay ni. Jadi aku rasa selayaknya sudah untuk aku buat ulasan (baca: review) berkenaan ToyyibPay ni.

Bagi anda yang tak pernah dengar pasal ToyyibPay, ia merupakan satu online payment gateway yang dikatakan termurah dipasaran.

ToyyibPay menawarkan hanya dua pakej buat masa ini; Pakej Standard dan Pakej Santai. Jadi anda tak perlu nak pening kepala untuk pilih pakej yang mana untuk digunakan.

pakej toyyibpay

Yang menariknya pada Pakej Santai, anda tak dikenakan sebarang caj untuk sebarang transaksi perbankan online. Untuk kredit kad pula, hanya caj 2% dikenakan untuk kedua-dua pakej.

Ikut pengalaman aku dalam sebulan ni, masa yang diambil untuk proses transaksi melalui kredit kad adalah dalam masa 10 hari sahaja.

Cara Daftar ToyyibPay

Mudah sahaja. Sila ke laman web ToyyibPay, kemudian klik daftar. Masukkan maklumat anda seperti yang diminta. Kemudian anda akan mendapat satu emel pengesahan. Itu sahaja!

borang daftar toyyibpay

Pastikan maklumat anda adalah betul terutamanya maklumat akaun bank kerana pihak ToyyibPay tidak membuat sebarang pengesahan.

11 Replies to “ToyyibPay – Online Payment Gateway Termurah”

  1. terima kasih banyak2, dengan perkongsian… baru tau ada nama toyyibpay ni… boleh digunakan for next projek ni…

  2. Macam mana nak guna duit yang ada dalam toyyibpay tu? Meaning, nak withdraw duit yang ada dalam tu?

    1. Kalau ikut pengalaman saya, settlement toyyibpay adalah automatik.

      Toyyibpay transfer ke akaun saya pada hari berikutnya.

      1. pisyek, macammana kita nak update kita punya payment database kalau customer bayar guna kredit kad .. kat bahagian mana setting dia dalam toyyip api tu

        saya dah buat guna fpx so dah jadi dan dia dah update database tapi kalau guna kredit kad memang transaction customer succesful tapi kita punya payment database tak di update

        database ni saya maksudkan database kita sendiri .. bukan payment database dalam sistem toyyib tu

  3. Kalau daftar toyyibpay akaun transaksi pakai akaun personal atau syarikat ye?

Comments are closed.