Cara Mudah Upgrade RAM dan SSD Laptop Asus K501U

asus k501u

Seperti yang dijanjikan dalam review Asus K501U yang lepas, kat sini aku nak kongsikan bagaimana anda dapat menaik taraf/upgrade laptop Asus K501U ni dengan mudahnya.

Ada beberapa model laptop Asus yang lebih kurang sama macam K501U ni. Jadi boleh la rujuk sikit-sikit. Dalam youtube memang ada yang siap buat tutorial bagai tapi aku rasa nak tulis juga pasal upgrading RAM dan SSD ni. Hehehe.

Kedudukan komponen-komponen dalam laptop ini adalah seperti dibawah: Continue reading “Cara Mudah Upgrade RAM dan SSD Laptop Asus K501U”

Review Laptop Asus K501 NVIDIA GT940MX DDR4 SSD

asus k501u

Aku baru je beli laptop Asus K501U ni minggu lepas. Harga saranan untuk laptop Asus model K501U di Malaysia adalah sekitar RM3,299. Kalau korang rajin sikit nak cari dalam Lazada atau 11Street, mungkin boleh dapat lagi murah.

Jadi kalau nak jimat beberapa ratus ringgit, boleh la beli secara online; macam aku. Hehehe. Dengan jimat beberapa ratus ni, korang boleh la beli SSD ke, nak upgrade RAM ke, atau beli aksessori laptop yang lain; cooler, sarung laptop, keyboard protector dan lain-lain.

Apa yang menarik dengan laptop Asus K501 ni? Continue reading “Review Laptop Asus K501 NVIDIA GT940MX DDR4 SSD”

Pengalaman Pertama Format Laptop kepada Windows 10 Pro

windows 10 pro

Pada 13 Mac yang lalu, aku telah merajinkan diri untuk meng-format laptop kesayangan. Sistem operasi (OS) yang digunakan sebelumnya adalah Windows 7 Pro. Sistem operasi yang baru di-format adalah Windows 10 Pro.

Kenapa baru sekarang nak upgrade OS?

Aku merasakan bahawa laptop aku ni dah lama tak dikemaskini sistem operasinya. Jadi mungkin dah tiba masanya untuk aku update dan upgrade terus kepada sistem operasi yang lebih terkini dan hensem.

Macam mana nak format laptop kepada Windows 10 ni?

Senang saja ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Aku bagi 3 langkah mudah untuk format laptop kepada Windows 10 Pro menggunakan bootable USB. Continue reading “Pengalaman Pertama Format Laptop kepada Windows 10 Pro”

Pengalaman Berjimba Bersama Laravens di Laratalks #2

laravel 8

Pada Khamis yang lalu, aku berkesempatan menyertai sesi sembang Laravel yang dianjurkan oleh Laravens bertempat di pejabat KERN Technology, Damansara. Meriah betul sesi sembang Laravel ni.

Apa yang menarik?

laratalks-pisyek-02

Laratalks tersebut merupakan penganjuran kali yang kedua. Kali pertama dulu aku tak sempat nak join. Nasib baik yang kedua ni diberikan kesempatan oleh yang Maha Esa untuk join. LOL. Tiga penceramah telah dijemput untuk berkongsi mengenai Laravel. Continue reading “Pengalaman Berjimba Bersama Laravens di Laratalks #2”

SSL Percuma Seumur Hidup Untuk Bloggers Dot Com

pisyek.com

Aku dah lama nak tulis pasal tutorial SSL percuma untuk custom domain seperti dot com, dot net dan sebagainya. Tapi sejak dah ada yang bertanya dekat Facebook aku baru-baru ni, aku jadi semangat nak publish entri baru. Hehehe.

Apa itu SSL?

Untuk yang tak tahu lagi SSL ni apa, nah aku quote dari DigiCert (malas nak translate) apa itu SSL:

SSL (Secure Sockets Layer) is a standard security technology for establishing an encrypted link between a server and a client—typically a web server (website) and a browser, or a mail server and a mail client (e.g., Outlook).

Continue reading “SSL Percuma Seumur Hidup Untuk Bloggers Dot Com”