SSL Percuma Seumur Hidup Untuk Bloggers Dot Com

pisyek.com

Apa pentingnya SSL ni kepada blogger?

Ini khusus untuk blogger yang guna custom domain seperti dot com atau dot net dan lain-lain, HTTPS turut memainkan peranan dalam Google ranking seperti dinyatakan oleh Googleblog sejak tahun 2014. Jadi marilah kita sama-sama berhijrah ke SSL dan HTTPS di tahun baru 2017 ni.

Mana nak dapat SSL percuma?

Aku rasa kalau korang google pun banyak SSL providers ni. Dan harga pun macam-macam lah. Dan ada juga yang percuma seperti Let’s Encrypt. Jadi senang cerita kalau nak guna yang percuma, boleh la cuba Let’s Encrypt.

Cara pemasangannya juga takde la susah sangat. Cuma ada 2 bahagian yang utama. Mula-mula, korang kene generate SSL cert. Kemudian install SSL cert tersebut ke dalam server. Siap. Untuk lebih lanjut tentang cara-cara generate SSL cert ni, boleh rujuk website Let’s Encrypt.

Kalau rasa susah sangat, boleh la contact aku. Aku caj murah-murah je. Hehehe.

2 Replies to “SSL Percuma Seumur Hidup Untuk Bloggers Dot Com”

  1. Terima kasih share info tentang SSL. Kalau kita add on SSL pada url blog, tak terganggu ke ye ranking entry2 sebelum ni yang dah ada dalam index Google?

    1. Ranking akan naik jika menggunakan HTTPS kerana Google mengutamakan website yang selamat. 🙂

      Jika Puan nak bertukar ke HTTPS, saya cadangkan agar redirect semua URL dari HTTP ke HTTPS.

Comments are closed.