Pengalaman Berjimba Bersama Laravens di Laratalks #2

laravel 8

Pada Khamis yang lalu, aku berkesempatan menyertai sesi sembang Laravel yang dianjurkan oleh Laravens bertempat di pejabat KERN Technology, Damansara. Meriah betul sesi sembang Laravel ni.

Apa yang menarik?

laratalks-pisyek-02

Laratalks tersebut merupakan penganjuran kali yang kedua. Kali pertama dulu aku tak sempat nak join. Nasib baik yang kedua ni diberikan kesempatan oleh yang Maha Esa untuk join. LOL. Tiga penceramah telah dijemput untuk berkongsi mengenai Laravel.

Timothy Teoh – Memulakan sesi Laratalks semalam dengan tajuk “Making your laravel application dry and skinny”

Nasrul Hazim – Berkongsi pengalaman beliau dalam mengajar Laravel kepada pendatang baru

Zulfa Juniadi – Berkongsi mengenai “Backpack for Laravel”; satu perisian sumber terbuka yang memudahkan anda membina panel admin

Aku pada asalnya macam tak nak pergi sebab dari KLCC nampak awan macam nak hujan. Dah la naik motor, tak pernah lagi pusing kawasan Uptown 1 tu. Confirm sesat! Tapi aku gagahkan jugak! Syukur berjaya sampai dengan selamat. Hahaha.

Ayu betul duduk bersimpuh.
Ayu betul duduk bersimpuh. Ekekeke.

Untuk lebih gambar, korang boleh la usha Laravens. Target dorang nak menganjurkan Laratalks setiap bulan dan lebih banyak aktiviti lagi berkenaan Laravel di masa akan datang. Jadi kalau berminat sila la join.

Kalau ada yang berminat nak jadi penceramah, boleh juga hubungi dorang.

P/s: Lama betul rasanya tak update blog. Ekekeke.