Sudah lebih sebulan aku guna ToyyibPay ni. Jadi aku rasa selayaknya sudah untuk aku buat ulasan (baca: review) berkenaan ToyyibPay ni.
Bagi anda yang tak pernah dengar pasal ToyyibPay, ia merupakan satu online payment gateway yang dikatakan termurah dipasaran.
ToyyibPay menawarkan hanya dua pakej buat masa ini; Pakej Standard dan Pakej Santai. Jadi anda tak perlu nak pening kepala untuk pilih pakej yang mana untuk digunakan.
Yang menariknya pada Pakej Santai, anda tak dikenakan sebarang caj untuk sebarang transaksi perbankan online. Untuk kredit kad pula, hanya caj 2% dikenakan untuk kedua-dua pakej.
Ikut pengalaman aku dalam sebulan ni, masa yang diambil untuk proses transaksi melalui kredit kad adalah dalam masa 10 hari sahaja.
Cara Daftar ToyyibPay
Mudah sahaja. Sila ke laman web ToyyibPay, kemudian klik daftar. Masukkan maklumat anda seperti yang diminta. Kemudian anda akan mendapat satu emel pengesahan. Itu sahaja!
Pastikan maklumat anda adalah betul terutamanya maklumat akaun bank kerana pihak ToyyibPay tidak membuat sebarang pengesahan.
terima kasih banyak2, dengan perkongsian… baru tau ada nama toyyibpay ni… boleh digunakan for next projek ni…
Macam mana nak guna duit yang ada dalam toyyibpay tu? Meaning, nak withdraw duit yang ada dalam tu?
Kalau ikut pengalaman saya, settlement toyyibpay adalah automatik.
Toyyibpay transfer ke akaun saya pada hari berikutnya.
Dalam pendaftaran, ada ROC/ROB.. apa tu?
Itu nombor pendaftaran syarikat/perniagaan dengan SSM
pisyek, macammana kita nak update kita punya payment database kalau customer bayar guna kredit kad .. kat bahagian mana setting dia dalam toyyip api tu
saya dah buat guna fpx so dah jadi dan dia dah update database tapi kalau guna kredit kad memang transaction customer succesful tapi kita punya payment database tak di update
database ni saya maksudkan database kita sendiri .. bukan payment database dalam sistem toyyib tu
Dekat mana nak update tu hanya tuan je yang tahu sebab database tuan punya. >.< Secara asasnya, ToyyibPay akan hantar status bila customer buat pembayaran. Boleh refer flow ToyyibPay sini: https://toyyibpay.com/apireference/#apl
Kalau daftar toyyibpay akaun transaksi pakai akaun personal atau syarikat ye?
Puan boleh rujuk terus dengan pihak ToyyibPay
Bagaimana nk dapatkan no rob/roc tu ?
Tuan boleh daftar SSM terlebih dahulu.
SSM akan isu ROB/ROC nanti.