Semalam aku dan bini dah buat keputusan untuk terminate langganan broadband Maxis kami. Lalu kami pun pergi la ke Maxis Centre yang terletak di kawasan Greentown, Ipoh. Aku tak pernah terminate broadband Maxis sebelum ni. Celcom pernah je. Hehehe.
Imbas Kembali
Sebelum kami menetap di kawasan Tronoh tu, kami memang dah buat siasatan terperinci mengenai liputan internet di Tronoh ni. Aku cadang kat bini untuk langgan YES, tapi bini excited sangat nak pakai broadband Maxis.
Mengikut ajen jualan kedua-dua broadband ni, dorang ni sememangnya ada liputan lah di kawasan Tronoh ni. Jadi kami pun melanggan la broadband Maxis niĀ untuk kegunaan bini.