Semalam aku berkesempatan mengikuti Bengkel Git anjuran Komuniti JomWeb. Bengkel Git ini diadakan di pejabat New Entreprenuers Foundation (NEF), Empire, Damansara Perdana.
Yuran hanyalah sebanyak RM20. Murah kan? Hehehe. Antara fasilitator yang membuat perkongsian semalam adalah Iszuddin Ismail, Jasdy Syarman, dan Ariff Azraai.
Apa itu Git
Git is a distributed revision control system with an emphasis on speed, data integrity, and support for distributed, non-linear workflows. Git was initially designed and developed by Linus Torvalds for Linux kernel development in 2005, and has since become one of the most widely adopted version control systems for software development.
Pendek kata, korang tak cukup programmer kalau tak guna Git ni.
Banyak juga command dan features Github yang sempat dikongsikan oleh para fasilitator. Antaranya:
-git config
-git init
-git add
-git commit
-git branch
-git checkout
-git merge
-git remote
-git push
-git clone
Aku bukan la bodoh sangat tak tahu Git, dan tak juga pro gile. Aku sedang-sedang je. Kalau tengok akaun Github aku memang takde apa pun, sebab kebanyakan kod aku disimpan di Bitbucket. Lebih privasi gitu. Hihi.
Apa pun, aku berpuas hati dengan bengkel Git semalam dan akan support event-event JomWeb yang akan datang.
Kalau korang berminat, boleh join group FB JomWeb untuk dapatkan lebih maklumat berkaitan JomWeb ni.
P/s: Gambar oleh Fuqaha.