Kali ni aku nak kongsikan macam mana cara mudah bayar zakat pendapatan melalui CIMBClicks. Sebenarnya aku pun baru pertama kali bayar secara online ni. Hehehe.
Sebelum aku tukar tempat kerja pada bulan Mei yang lalu, pembayaran zakat pendapatan memang aku terus potong daripada gaji bulanan. Tapi sekarang aku tak sempat lagi nak advise HR untuk buat pemotongan terus, itu yang aku kena buat secara manual.
Jadi tanpa membuat masa, korang boleh ikut langkah mudah cara bayar zakat pendapatan melalui CIMBClicks seperti berikut:
#1 Login CIMBClicks anda.
#2 Klik pada menu Pay > Bills. Halaman seperti gambar di bawah akan terpapar.
#3 Pilih akaun anda. Kemudian pilih CIMB Clicks. Tulis zakat dan anda boleh pilih daripada senarai pilihan yang muncul.
#4 Kemudian masukkan maklumat yang dipinta seperti nombor IC, dan jumlah yang hendak dibayar. Jadi korang kena kira dulu la berapa zakat yang perlu dibayar. Kalau nak bayar lebih pun boleh.
Untuk cara pengiraan zakat pendapatan yang tepat, boleh rujuk laman web Pusat Pungutan Zakat (PPZ).
#5 Klik butang Proceed to Payment. Ikut arahan lanjut seperti masukkan TAC dan sebagainya.
#6 Selesai.
Mudah bukan? Lepas ni boleh la korang bayar zakat melalui CIMBClicks. Cara ni sebenarnya tak terhad kepada zakat pendapatan. Lain-lain zakat seperti zakat fitrah, zakat emas, zakat perniagaan pun boleh.
Tapi, kalau ada yang nak bagi derma kepada pisyek.com jangan segan untuk berhubung terus dengan aku. Nanti aku bagi nombor akaun terus untuk transfer. Hehehe.
sekarang ni semua senang…klik sahaja hehe..
ye, betul bro. Jimat masa dan tenaga.
Jangan lupa bayar zakat pendapatan. Hehehe.
sekarang semua dah dihujung jari kan 😀 mudah dan cepat!
Betul, tapi ada juga yang memilih untuk berurusan di kaunter sebab dapat free gift.
Hehehe.
Senang boleh bayar zakat online, tinggal nak laksanakan je..
Baru tahu ni… Lagi2 perniagaan kecil boleh la bayar sini.. Alhamdulillah
Tidak ada alasan lagi untuk skip perkara ni. Perkongsian yg bagus. Lantunan pahala buat kamu yang mengajak ke arah kebaikan. Insyaa Allah. Bagus.
Assalam, macam mana nk bayar zakat pendapatan untuk Terengganu dari online banking?
Salam Tuan,
Saya pernah juga cari sebelum ni tapi tak jumpa.