Cara Bayar Zakat Pendapatan Selangor Online

cara bayar zakat selangor online

Tahun 2019 bakal menutup tirainya beberapa hari saja lagi. Jadi rasanya elok sangat kalau aku kongsikan macam mana cara bayar zakat pendapatan selangor secara online ni.

Untuk pengetahuan semua, segala pembayaran zakat seperti zakat fitrah, zakat perniagaan, zakat pendapatan, zakat emas, zakat kwsp, zakat pelaburan adalah dibolehkan untuk anda menuntut rebat cukai. Boleh rujuk di sini: LHDN e-Filing

Jumlah rebat yang dibenarkan kepada individu adalah dihadkan kepada jumlah cukai pendapatan yang dikenakan untuk suatu tahun taksiran.

Jadi bagaimana cara bayar zakat secara online?

#1 Layari Laman Zakat Selangor

Pergi ke laman web zakatselangor.com.my. Anda klik pada butang BAYAR ONLINE.

Butang BAYAR ONLINE

#2 Isi maklumat pembayaran

Satu borang pembayaran akan dipaparkan. Anda boleh isi selengkapnya dan masukkan berapa jumlah zakat yang anda ingin bayar. Bayaran minima adalah sebanyak RM10.

Borang bayaran

#3 Pembayaran melalui FPX/Online Banking

Pembayaran akan diproses melalui laman web FPX. Anda akan mendapat emel status pembayaran FPX sekiranya pembayaran berjaya atau gagal.

#4 Semak Rekod Pembayaran

Untuk membuat semakan di laman web zakat selangor, anda boleh mendaftar akaun anda di E-Zakat Online (EZO). Berdasarkan pengalaman saya, rekod pembayaran zakat secara potongan berjadual setiap bulan juga ada direkodkan disini.

Mudah bukan cara untuk bayar zakat selangor secara online. Kalau korang tak pasti berapa zakat yang perlu dibayar, boleh gunakan kalkulator zakat di laman web zakat Selangor.