Cara Bayar Zakat Pendapatan Melalui CIMBClicks

cimbclicks pisyek

Kali ni aku nak kongsikan macam mana cara mudah bayar zakat pendapatan melalui CIMBClicks. Sebenarnya aku pun baru pertama kali bayar secara online ni. Hehehe.

Sebelum aku tukar tempat kerja pada bulan Mei yang lalu, pembayaran zakat pendapatan memang aku terus potong daripada gaji bulanan. Tapi sekarang aku tak sempat lagi nak advise HR untuk buat pemotongan terus, itu yang aku kena buat secara manual.

Jadi tanpa membuat masa, korang boleh ikut langkah mudah cara bayar zakat pendapatan melalui CIMBClicks seperti berikut: 

#1 Login CIMBClicks anda.

Zakat Perniagaan CIMBClicks

 

#2 Klik pada menu Pay > Bills. Halaman seperti gambar di bawah akan terpapar.

Zakat Perniagaan CIMBClicks

 

#3 Pilih akaun anda. Kemudian pilih CIMB Clicks. Tulis zakat dan anda boleh pilih daripada senarai pilihan yang muncul.

Zakat Pendapatan CIMBClicks

 

#4 Kemudian masukkan maklumat yang dipinta seperti nombor IC, dan jumlah yang hendak dibayar. Jadi korang kena kira dulu la berapa zakat yang perlu dibayar. Kalau nak bayar lebih pun boleh.

Zakat Pendapatan CIMBClicks

Untuk cara pengiraan zakat pendapatan yang tepat, boleh rujuk laman web Pusat Pungutan Zakat (PPZ).

 

#5 Klik butang Proceed to Payment. Ikut arahan lanjut seperti masukkan TAC dan sebagainya.

Zakat Pendapatan CIMBClicks

 

#6 Selesai.

Mudah bukan? Lepas ni boleh la korang bayar zakat melalui CIMBClicks. Cara ni sebenarnya tak terhad kepada zakat pendapatan. Lain-lain zakat seperti zakat fitrah, zakat emas, zakat perniagaan pun boleh.

Tapi, kalau ada yang nak bagi derma kepada pisyek.com jangan segan untuk berhubung terus dengan aku. Nanti aku bagi nombor akaun terus untuk transfer. Hehehe.

7 Replies to “Cara Bayar Zakat Pendapatan Melalui CIMBClicks”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *