Jadi, berikut merupakan antara aksesori kamera yang aku gunakan untuk menjadikan Xiaomi Yi sebagai dash cam dalam kereta aku.
Aksesori Kamera yang Digunakan
Pertama, suction cup. Aku telah mencuba dua jenis suction cup; 90mm dan 70mm. Yang 90mm ni sudah semestinya mempunyai diameter tapak yang lebih besar. Suction cup boleh dilekatkan pada cermin hadapan kereta atau dashboard kereta.
Kedua, aku gunakan J-Hook sebagai pengubung antara kamera dan suction cup. Korang mungkin boleh gunakan jenis penghubung yang lain, asalkan menepati cita rasa korang sudah.
Dan itu sahaja aku rasa yang diperlukan. Pasang kesemua aksesori dan kamera dan boleh terus guna! Mudah bukan? Hehehe.
Ni kat Bandar Perda ni.
Hang buat apa sini?
Aku balik kampung bini la kat sini. Hehehe.