Pengalaman Pertama Menaiki Uber dengan Kod Diskaun

Aku rasa semua orang Malaysia dah kenal dengan Uber ni; perkhidmatan kereta atas permintaan yang membolehkan anda untuk meminta pemandu swasta melalui aplikasi peranti pintar.

Sehari sebelum raya, aku berkesempatan untuk menaiki Uber buat pertama kalinya, dari Wangsa Maju ke Subang. Naik Grand Livina weyy.

Aku sebenarnya dah lama install app ni, cuma tak pernah guna je lagi. Memandangkan hari tu ramai yang dah bercuti, jadi pemandu Uber pun tak ramai. Aku kena kadar caj sebanyak 1.8 dari harga biasa.

Nasib baik ada kod diskaun “UBERNEYRA”. Dapat la potongan RM20. Terima kasih kepada @neyrashazeyra. Hehehe.

Pemandu Grand Livina hari tu namanya Jeff. Chinese yang berasal dari Rawang. Dah lama jugak dia dengan Uber. Dah lebih setahun katanya. Hari tu dia masih bekerja tapi sebab client semua dah cuti, jadi dia keluar memandu sebab takde kerja. Hahahaha.

Dengan menggunakan Waze dan kepakaran memandu Jeff, kitorang sampai ke destinasi dalam masa 30 minit. Jalan pun tak sesak sangat. Kata Jeff lagi, ramai juga kawan-kawan beliau yang dapat buat beberapa trip ke Subang Skypark Terminal sebab orang ramai nak balik beraya.

Jadi untuk korang yang baru nak berjinak-jinak dengan Uber, boleh guna kod diskaun “HAFIZS501UE” untuk diskaun sebanyak RM10.

P/s: Aku pun tengah bercita-cita nak join jadi driver ni. Hehehe.

3 Replies to “Pengalaman Pertama Menaiki Uber dengan Kod Diskaun”

Comments are closed.