Sepetang Bersama Blogger 2017

Share this article

Semalam, 13 Mei 2017, Pisyek berkesempatan ke majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2017 yang diadakan di mini auditorium Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) Kuala Lumpur. Tentatif majlis sebenarnya bermula dari jam 2 petang sehingga 10.00 malam, tapi Pisyek cuma berkesempatan untuk menyertainya hanya untuk sesi petang sahaja.

Untuk makluman korang yang tak pernah dengar pasal SBB ni, 2017 merupakan penganjuran kali yang ke 6 dah. Pisyek pun takde la tiap-tiap tahun datang ke majlis SBB ni. Tapi yang pasti, bukan sahaja blogger Malaysia yang datang, dari Singapura dan Indonesia juga turut hadir ke SBB 2017 ni!

Apa yang menarik di Sepetang Bersama Blogger 2017

Format tahun ini pada pendapat Pisyek sama macam tahun lepas. Ada mini forum dan perkongsian daripada panel jemputan. Cuma tahun ini sedikit kelainan yang ditampilkan adalah ada majlis makan malam pada sebelah malamnya. Selalunya penganjuran SBB ni mula pagi sampai petang je.

Panel jemputan yang ditampilkan pun tak kurang hebatnya. Banyak perkongsian dan maklumat baru yang Pisyek dapat hasil dari perkongsian oleh panel-panel jemputan. Antara panel jemputan ke SBB 2017 adalah:

  1. Mahadir Mohamed (Best Foodie Blog MSMW Awards 2016)
  2. Cik Lily Putih (Lifestyle Blogger)
  3. Norman Danish (Misi Viral)
  4. Datuk Ibu Hanim
  5. Wan Yusof (SEO Strategist & Content Marketer)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *