Masalah Meter
Meter digital Demak Skyline ni khabarnya sangat sensitif dengan air dan permasalahan ni telah diatasi dengan keluarnya model Demak Skyline v2. Aku pakai yang v2 tapi aku rasa problem ni masih lagi wujud. Cara penyelesaian:
- Pakai windshield; atau
- Jangan tembak air dekat meter bila basuh motor; atau
- Boleh gunakan tape atau gamĀ untuk tutup celahan pada sekitar meter; atau
- Boleh cuba “claim warranty” di pusat servis Demak
Rasanya masalah ni dah takde kot pada Demak Skyline GT sebab motor ni ada windshield berbanding model sebelumnya. Kalau tak tahu macam mana nak set jam Demak Skyline, boleh lihat video ini.
Masalah “Free Gear”
Yang ni memang hari-hari menjadi salah satu masalah utama aku bila bawa motor. Bila berhenti je, susah nak “free gear” atau nak turun dari gear tinggi ke gear yang lebih rendah. Cara penyelesaian:
- Turunkan gear anda sebelum berhenti; atau
- Tukar clutch plate racing; atau
- Bila berhenti, matikan enjin baru turunkan ke gear rendah atau neutral (sangat tak praktikal)
Masalah Tayar Licin
Tayar asal merupakan tayar jenis “hard compound”. Jadi potensi anda untuk tergelincir ketika meleper atau ketika jalan basah adalah lebih tinggi daripada kebiasaan. Cara penyelesaian:
- Tunggang dengan lebih berhati-hati; atau
- Tukar tayar kepada mid atau soft compound