Misi Mencari Demak Skyline 200 Murah

Buat pengetahuan semua, aku memang dah survey dalam Mudah.my pasal Demak Skyline ni. Rata-rata harga dalam lingkungan RM9000. Aku tak pasti la ni harga OTR ke apa, tapi aku pernah jumpa iklan yang letak harga RM7K. Aku telefon kedai tu dan katanya harga untuk OTR adalah dalam RM9K lebih. Kui kui kui.

Di Jalan Genting Klang sememangnya banyak kedai motor. Tapi kami hanya sempat ke 5 buah kedai sahaja. Keluar dari rumah aku hari tu pun dah pukul 5 petang lebih. 3 daripada 5 buah kedai ni cakap ada jual Demak Skyline ni. Harga pun masing-masing sudah tentunya berbeza.

Dalam Misi Mencari Demak Skyline ni, aku pun cuba la rakam video 1920x1080p60/fps dengan menggunakan Xiaomi Yi Cam aku tu. Boleh tengok video di atas. Memang cun bukan? Hehehe. Audio je la kurang sikit sebab aku pakai waterproof case. Kalau tak mungkin audio lebih jelas.

Rasa teruja nak pakai satu Xiaomi Yi ni tak? Hehehe. Nanti aku kongsikan pengalaman bawa Demak Skyline ni buat kali pertama.

4 Replies to “Misi Mencari Demak Skyline 200 Murah”

    1. Cita-cita nak jadi pengarah filem tu memang dah ada. Hahahaha. btw, ini misi mencari Demak Skyline 200 tahun 2015.

      Model dia lain sikit dari yang lama. 🙂

Comments are closed.