5 Fakta Penting Mengenai Xiaomi Yi

xiaomi-yi-cam

Minggu lepas, aku ada beli kamera aksi yang murah; Xiaomi Yi Action Camera di 11 Street. Jadi sekarang boleh la acah-acah amik gambar macam ada GoPro. Hahaha. Jadi sebagai pengguna Xiaomi Yi, aku terpanggil untuk kongsikan pengalaman aku dengan Xiaomi Yi ni.

Jadi, 5 fakta penting yang perlu anda tahu mengenai Xiaomi Yi atau turut dipanggil Yi Cam adalah seperti berikut:

Xiaomi Yi Harga Mampu Milik

Untuk korang yang poket nipis macam aku, memang sesuai sangat dengan gajet ni sebab dalam RM300+- pun dah boleh beli. Pada aku, kualiti yang ditawarkan amatlah bersesuai dengan harganya. Boleh tengok di Youtube untuk ulasan yang lebih terperinci.

Xiaomi Yi Tiada Skrin Paparan

Mungkin untuk menjimatkan kos pengeluaran, maka kamera Xiaomi Yi ni tidak disertakan dengan skrin paparan. Jadi kalau nak preview gambar atau video, korang kena menggunakan aplikasi khas; YiCam – Yi Action Camera. Buat masa ini, hanya sistem operasi Android dan iOS (akan datang) sahaja yang disokong.