Pengalaman Guna Digi Infinite bersama TP-Link AC750 4G LTE Router

Aku baru je melanggan pelan pasca-bayar Digi yang terbaru; Digi 150 Infinite. Seperti mana  yang kita sedia maklum, Digi telah melancarkan 2 pelan pasca-bayar yang terbaru; Digi 100 Infinite dan Digi 150 Infinite.

Jadi, kenapa aku guna pelan  pasca-bayar Digi Infinite bersama TP-Link AC750 4G LTE router (Archer MR200) ni? Kenapa tak langgan Unifi, Time, MaxisHome Fibre dan lain-lain untuk kegunaan internet di rumah?

Unifi, Time, MaxisHome Fibre dan lain-lain fiber tu ada kontrak sehingga 2 tahun. Digi Infinite ni pula takde kontrak. Cuma perlu bayar 2 bulan terlebih dahulu ketika pendaftaran. Data pula tidak terhad. Boleh guna untuk tethering sampai lebam! 

Antara sebab lain pula adalah mudah untuk bergerak. Kalau balik kampung pun boleh angkut sekali TP-Link AC750 4G LTE router tu. Mujurlah kat kampung ada liputan 4G. Hehehe.

TP-Link AC750 4G LTE Router

Kenapa memilih router TP-Link Archer MR200 ni? Antara sebab utama adalah kerana:

    1. Harga mampu milik (RM400+-)
    2. Menyokong kad sim 4G
    3. Menyokong sambungan sehingga 64 buah peranti dalam satu-satu masa

Jadi sesuai sangatlah dengan poket dan tujuan aku melanggan pelan pasca-bayar Digi 150 Infinite ni. Kadang-kadang wife buat kelas jahitan di home studio beliau. Aku pun boleh la tumpang nak buat bengkel bina laman web ke, kelas programming ke, dan lain-lain kelas berkaitan.

Ada yang berminat tak? Hehehe.

Untuk daftar plan Digi Infinite yang berbaloi ni, boleh klik daftar Digi sini.

<sedang dikemaskini>

2 Replies to “Pengalaman Guna Digi Infinite bersama TP-Link AC750 4G LTE Router”

    1. Kalau rumah takde line internet yang stabil, boleh la pertimbangkan cara ni. Dan yang lagi bestnye sebab guna sim router.

      Jadi boleh bawa ke mana sahaja kalau nak guna. Balik kampung pun boleh bawa juga. Hehehe.

Comments are closed.