Ini merupakan pengalaman aku ketika membuka akaun perniagaan atau akaun syarikat Maybank. Memang banyak dugaannya untuk aku buka akaun syarikat di Maybank ni.
Walaupun dah 6 tahun mendaftarkan perniagaan tunggal (Sole Proprietorship), tapi hanya baru-baru ni aku berkesempatan untuk buka akaun bank khas untuk perniagaan kerana ingin menjalankan perniagaan dengan lebih serius (kononnya la). Hehehe.
Di sini aku nak kongsikan tips berdasarkan pengalaman aku agar korang takde la dapat pengalaman ngeri macam aku ni ha. Lebih 5 kali aku ulang-alik ke bank dalam masa 2 minggu untuk selesaikan hal buka akaun syarikat Maybank ni.
Tips buka akaun syarikat Maybank
#1 Sila risik dulu macam mana proses pembukaan akaun di cawangan Maybank pilihan anda. Apa borang yang perlu diisi dan sebagainya. Dari pengalaman aku lain cawangan lain prosesnya; seperti lain padang lain belalangnya. #lol
Kisahnya bila pergi ke cawangan bank di kampung, dorang beri borang Introducer je. Bila aku ke cawangan dekat dengan rumah ni, dorang bagi borang 10 helai untuk diisi terlebih dahulu.
#2 Sila lengkapkan dokumen sokongan sebelum anda beratur di bank. Kalau tak sia-sia saja anda membuang masa dan tenaga untuk beratur lama-lama. Antara dokumen yang diperlukan adalah borang introducer dan salinan asal maklumat SSM perniagaan anda.
Antara sebab aku terpaksa ulang-alik banyak kali ke bank adalah kerana bank “reject” introducer aku. Aku dah tanya pegawai bank yang aku berurusan tu berkenaan kriteria yang di cari tapi beliau tidak berkongsi dengan lebih lanjut. #tepukdahi
Setelah 3 introducer dihantar baru lah permohonan aku berjaya diproses. Terima kasih kawan-kawan yang sudi jadi introducer. Hehehe.
Anda perlukan introducer Maybank? Hubungi Pisyek sekarang.
Kenapa buka akaun syarikat di Maybank
Antara kriteria penting untuk dalam pemilihan bank adalah kemudahan perbankan online. Maybank antara yang terbaik, jadi rugi la kalau tak guna bank ni. Antara bank lain yang boleh dipilih adalah CIMB. Nanti aku kongsikan pengalaman buka akaun syarikat di CIMB.
Ketika proses pendaftaran akaun di Maybank, aku memilih untuk tidak membuat buku cek. Rasanya macam tak releven buat masa sekarang. Kalau korang nak buku cek, boleh la bagitau pegawai bank masa korang daftar tu.
Maybank tidak memberikan kad ATM untuk akaun perniagaan. Jadi kalau nak keluarkan duit kena buat transfer ke akaun persendirian dulu la baru boleh cash-out. Isteri cakap macam ni lagi bagus, tak boleh suka-suka keluarkan duit dan nampak duit digunakan untuk apa. #lol
Aku rasa setakat ni dulu perkongsian aku. Kalau korang nak aku jelaskan lebih lanjut atau ada pengalaman buka akaun syarikat Maybank untuk dikongsi, sila bagi tahu kat komen. Nanti aku kemaskini entri ni.
aiseh kalau bagi detail borang apa nak isi tu best gak.haha..tahniah ada akaun Maybank untuk company..trusted nih
Itulah nama borangnya; “borang buka akaun perniagaan”.
Hahahaha.
Harap dikongsi proses step by step cara permohonan akaun untuk syarikat.
Ada 2 langkah je bang seperti dalam tips di atas.
Nanti kalau tak pasti ketika isi borang buka akaun perniagaan boleh rujuk pegawai bank yang bertugas. 🙂
Memang menduga betol nak buka acc company dekat Maybank..
Hari ni ulang alik ke bank..dgn customer service yg acuh tak acuh je menjawab..nak isi borong yg bekeping-keping tu pon 1 hal..
Pasal introducer plak dorg tak maklumkan introducer perlu ade current account dgn Maybank sekurang2 nye 1tahun..
So assume introducer yg ade account dgn Maybank dh layak selayaknye jd introducer tersebut..rupa nye tak boleh yg saving account..
#tepukdahi.
Ke cawangan Maybank yg lain plak, dia pertikaikan pula kenapa alamat company adalah alamat rumah?!!
OMG, dgn xnak senyum n tolak2 camtu je borang aku…
Memang menguji kesabaran sgt.
Sabar sis. Hehehe.
Mungkin kena buat-buat comel, baru dorang ni layan dengan lebih mesra. Hahahaha.
Hari tu pegawai bank yang proses ada tanya juga sebab alamat perniagaan dekat rumah. Tapi syukur dia proses jugak.
Esok nk try apply online je..tgk jauh mane cabaran nye plakk😂
Semalam saya pegi Maybank dekat ngan rumah. Diorang bagi sehelai borang introducer. And diorang ada bagitau, kalau biz online, high risk sikit untuk dapat approval. Tak pernah dengar pulak pasal ni. Betul ke ?
Saya kurang pasti dengan kesahihan kenyataan tuan itu.
Sepanjang saya berinteraksi dengan pihak bank tempoh hari untuk urusan buka akaun perniagaan ni, takde pula pihak bank mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Wah perkara baru ni, mesti kena belajar ni.
Kalau bro serius nak berbisnes memang elok sangat buka akaun syarikat ni.
Hi Pisyek,
Good article! boleh cerita sikit pasal introducer dan kenapa sampai 2-3 kali tukar introducer?
Hi Zaini
Kemungkinan introducer yang dipilih tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak bank.
Seperti yang telah diceritakan di atas untuk kes saya ni, kriteria introducer tidak dijelaskan secara menyeluruh oleh pihak bank menyebabkan saya terpaksa mengusulkan beberapa introducer sebelum permohonan saya diproses.
boleh beritahu x berapa amaun yg perlu ada untuk start akaun maybank company ye??
Hai Emma
Dulu masa saya daftar, bank minta deposit RM1k.
Deposit ni boleh dikeluarkan semula bila akaun sudah didaftarkan.
Hai, boleh saya tahu nanti kalau nak keluar duit ke apa kena guna cek ye?
Boleh ke kaunter terus atau transfer ke akaun bank yang ada ATM kad untuk pengeluaran.
en boleh x bagi detail ruangan mana yg pihak sokongan harus isi.. tq en..
Untuk dapatkan borang introducer, boleh ke cawangan bank yang puan nak berurusan.
Kalau diri sendiri ada akaun semasa, boleh jadi introducer tak?
macam mana kalau blacklist masih bolehkah membuat current akaun untuk company?
Tuan boleh rujuk di kaunter bank berdekatan.
betul ke apply current account secara online tak perlukan introducer?
Saya tak pasti sebab kali terakhir saya buat dulu, masih perlukan introducer.
Saya dh buat kt maybank 19/4/2018. Lepas tu dorg kata dorg akan proceed. Skrg dh 30/4/2018, still no call from maybank
Saya tumpang share ya Tuan. Saya pergi bank 3 kali atas urusan buka akaun semasa syarikat. Kali pertama, introducer tak cop kat borang. Kali ke-2 pergi saya tukar introducer dah cop semua kat borang, bank reject sebab introducer ni tak aktif dalam masa setahun tu. Kali ke-3 (7/5/2018) pergi, bank accept introducer saya tapi macam2 pegawai bank tanya.
1) Kenapa saya tinggal kat Klang, tapi buka kat Shah Alam.
Saya cakap ofis kat Shah Alam senang saya nak datang bank masa lunch hour.
2) Dia siap minta business card company saya keja lagi sebagai bukti.
3) Dia tanya kenapa dah start business tahun 2008 tapi sekarang baru nak buka account? Saya jawab jerlah asalkan ada reason logik..hihi
4) Dia tanya ada buat bisnes online ye? boleh bagi bukti screenshot gambar bisnes online. Saya emailkan jer kat pegawai dia.
So, sekarang saya masih menunggu samada bank approve or tak..
Tq.. 🙂
maybank cerewet.sy lbih 8 kali berulang alik ke maybank melayan kerenah pegawai bank yg pelbagai.tp dpt pegawai bank yg baik dpt setel dlm masa 1 hari jer.
Kalau dh buat current acount company di bank lain masih boleh bukak current akaun dimaybank ke
InsyaAllah boleh Nor. Saya tak nampak kenapa tak boleh melainkan Nor dah tanya pihak bank dan dorang cakap tak boleh.
Assalamualaikum..
Saya nk tnya, kalau kita buka current acc maybank utk company, boleh x activate e-commerce?
Salam tuan, saya kurang jelas tentang e-commerce yang mahu di-activate-kan tu.
Kalau e-commerce ini merujuk kepada servis daripada maybank, boleh terus rujuk pegawai di kaunter.
rasa seram pulak nk buka current acc maybank utk company,confirm ulang alik maybank seminggu ni.. masalah lah kalau pegawai persoalkan alamat company pakai alamat rumah dan online biz pun susah nak lepas..sekarang online biz tumbuh macam cendawan di malaysia ni. sy salah satu cendawan itu..hihihi
Tahniah tuan.
Selamat maju jaya saya ucapkan. Hehehe.
nak tanye introducer kena datang sekali tak ye? ape jer borang yang perlu introducer isi? sign sahaja atau perlu cop sekali?
introducer perlu lengkapkan borang introducer je.