Korang yang selalu tunggang motor ke tempat kerja, mesti pernah servis atau tukar rantai motor. Hari ni aku berkesempatan untuk tukar rantai motor Demak Skyline yang tersayang.
Sejak menggunakan Demak Skyline tiga tahun yang lepas, ini adalah kali pertama aku tukar rantai motor. Rantai motor mempunyai jangka hayatnya yang tersendiri dan perlu di tukar sebelum atau bila tiba masanya.
Macam mana aku tau bila rantai motor perlu ditukar?
Kenapa aku tukar rantai motor?
Kisahnya rantai motor Demak Skyline (rantai asal) ni memang cepat kendur. Jadi kena la selalu ketatkan. Tapi bila dah selalu ketatkan rantai motor, lama-kelamaan jadi dah tak ketat sebab tayar dah habis ditarik ke belakang.
Pomen bengkel motor terakhir yang aku pergi cakap rantai perlu dipotong sebab tak boleh tegangkan lagi. Upah potong rantai murah je di bengkel brader ni; RM1.
Tapi pada firasat aku, mungkin rantai ni dah perlu ditukar sebab dah lama pakai. Maka, aku pun merajinkan diri ke bengkel motor Keen Yip di Setapak hari ini untuk menukar rantai motor Demak Skyline tersayang.
Rantai motor yang terputus di tengah jalan ketika anda menunggang motor boleh mengakibatkan insiden yang tidak diingini seperti eksiden, enjin pecah terkena libasan rantai atau menyebabkan pengguna jalan raya lain kemalangan.
Kos tukar rantai motor Demak Skyline
Harga rantai motor berbeza mengikut jenis, saiz, dan jenama. Seperti mana yang diketahui umum Demak Skyline menggunakan rantai bersaiz 520.
Akan tetapi di bengkel Keen Yip tadi takde rantai saiz 520 dan pomen situ rekomen untuk aku guna rantai saiz 428. Aku pun terima je la rekomendasi dari pomen.
Aku pilih rantai motor berjenama RK-M dari pada beberapa pilihan yang ada di bengkel Keen Yip. Harga rantai RK-M tersebut adalah sebanyak RM88. Proses penukaran rantai tidak rumit dan selalunya sekejap sahaja.
Sekian sahaja perkongsian pengalaman pertama tukar rantai motor Demak Skyline. Ada soalan boleh tulis di ruang komen.
P/s: Aku baru tahu Keen Yip tukar lokasi, dulu di Jalan Genting Kelang (belakang KFC). Sekarang di Jalan Langkawi, Danau Kota.