Pengalaman Terminate Unifi di TMpoint Petaling Jaya

Setelah berpindah ke rumah baru dan terpaksa pakai Sunway Digital Wave sebab Unifi masih lagi takde, aku pun pergi la ke TMpoint untuk proses pemotongan/terminate Unifi.

Untuk makluman, hanya TMpoint terpilih sahaja yang boleh buat servis pemotongan atau pemindahan Unifi ni. Aku dah cek beberapa TMpoint berhampiran rumah seperti TMpoint SunwayTMpoint Bandar Baru Bangi dan TMpoint Kajang, ternyata disini tak boleh buat pemotongan Unifi.

Korang boleh potong Unifi tanpa dikenakan penalti walaupun masih dalam kontrak jika kawasan tersebut takde Unifi.

Akhirnya, aku terus hantar tweet ke @helpmeunifi untuk mendapatkan kepastian di mana TMpoint dalam kawasan Petaling Jaya yang ada menawarkan servis pemotongan Unifi.

TMpoint Petaling Jaya Terminate Unifi

Mudah je urusan pemotongan ni sebenarnya. Cuma aku tak faham kenapa hanya TMpoint terpilih sahaja yang ada servis pemotongan ni.

Cara-cara terminate Unifi di TMpoint

  1. Isi borang.
  2. Pulangkan modem
  3. Bayar tunggakan (jika ada)
  4. Tunggu bil yang ke seterusnya (jika ada)

Dah selesai. Korang juga boleh hantar wakil jika tak berkesempatan untuk ke TMpoint. Jangan lupa bawa IC untuk pengesahan di kaunter.

Aku pulangkan juga router dan HyppTv Unifi tadi sebab alang-alang dah bawa ke TMpoint. Hahaha.

Kalau korang masih lagi ragu-ragu nak terminate Unifi kerana masih ada kontrak, boleh ke TMpoint Petaling Jaya sebab aku dah berjaya terminate dan dorang akan waived kan penalti kontrak tersebut.

Ada soalan? Sila tulis di ruang komen ok.

15 Replies to “Pengalaman Terminate Unifi di TMpoint Petaling Jaya”

  1. Wait.. recently ada tanya customer service, selain dari kena request notice sbulan sebelum boleh terminate, authorized person tak dibenarkan jugak.. sebab kena thumb print.. confirm ke boleh bagi wakil tolong terminate ni?

    1. TM mungkin dah ubah SOP dan polisi dalam masa 2 bulan ni.

      Terima kasih kerana berkongsi di sini. 🙂

  2. Saya bawa semua benda ke TM Point waktu terminate, tapi dia ambik modem ja. Yang lain tu, dia tak nak. Keesokan hari ada dapat mesej mengata kan perlu hantar BTU (Broadband Termination Unit). So, kena bagi semua ke tidak sebenarnya? Keliru sikit.

  3. Salam..
    Bagaimana plak kalau pelanggan yg dah abis kontrak..adakah perlu serahkan balik equipment diorang…

  4. Baru ja pakai unifi dlm setahun.. Tapi nak terminate sbb berkenan dgn maxis one fiber tu… Kna penalty ke ehh? Sbb xsmpai setahun lagi pakai ni

  5. I pasang tahun 2016
    Tapi 2018 ada update turbo 500mp
    So recontact lagi???
    I nak terminate

    1. Setahu saya kontrak akan refresh bila tukar/upgrade pakej.

      Saya sarankan puan untuk cek dengan Unifi berkenaan kontrak puan.

  6. So dikenakan penalti untuk terminate Streamyx yg still dalam contract?

    1. Yang awk ckp tu contract 24 bulan ka mcm mana? sbb saya still dlm contract baru guna setahun..Tapi tempat baru yg saya nk pindah tu coverage nya 4mbs paling maximum tapi package saya 50mbs so boleh terminate x kena penalty tak sebabkan tu?

    2. “..Korang boleh potong Unifi tanpa dikenakan penalti walaupun masih dalam kontrak jika kawasan tersebut takde Unifi..”

      Dalam kes saya, saya tak kena penalti hari tu. Saya tak pasti kalau sekarang terma Unifi dah lain.

      Tuan boleh cek di kaunter Unifi untuk pengesahan.

Comments are closed.