Pisyek.com dan Bootstrap 4

pisyek.com

Sejak Bootstrap 4 versi stabil diperkenalkan pada 18 Jan 2018 yang lalu, banyak laman-laman web mula mengemaskini laman web masing-masing termasuklah Pisyek.com ni.

Kepada anda yang belum mengenali apa itu Bootstrap, ia merupakan sebuah “framework” khusus untuk rekabentuk laman and aplikasi web. Jadi dengan menggunakan Bootstrap, kerja-kerja merekabentuk laman web/template menjadi lebih mudah.

CimbClicks yang baru ni pun menggunakan Bootstrap 4 tau. Power jugak la kiranya Pisyek.com ni sebab pakai framework yang sama dengan CimbClicks.

Kah.

Apa yang menarik tentang Bootstrap 4

Banyak perkara yang telah dikemaskini dalam Bootstrap 4 berbanding versi yang terdahulu. Antaranya sokongan Sass, Flexbox, REM dan lain-lain.

Jika anda mahu mengemaskini dari Bootstrap 3 ke Bootstrap 4, sila rujuk dokumentasi migrasi sebab ada juga beberapa perkara yang tidak lagi disokong dalam Bootstrap 4 ni.

Aku pun tak baca pasal migrasi ni pada mulanya. Bila dah tukar ke Bootstrap 4 baru perasan yang ikon Glyphicons tak muncul. Rupanya Bootstrap 4 sudah tidak lagi menyertakan Glyphicons secara default.

Sebab tu la penting rujuk dokumentasi dulu sebelum melakukan sebarang kemaskini.

Apa yang baru di Pisyek.com

Ada beberapa benda yang aku dah buang dan tambah ke dalam Pisyek.com yang baru ni.

#1 Rekabentuk baru untuk portfolio

Untuk halaman Portfolio, aku dah tukar jadi 3 kolum sahaja berbanding 4 kolum sebelum ini. Aku juga tambah lightbox effect bila pelawat menekan butang view pada setiap projek dalam portfolio.

#2 Rekabentuk baru untuk servis

Halaman Servis juga telah diubah untuk lebih mesra pengguna. Aku juga buat borang pendaftaran bengkel dan quotation secara AJAX untuk memudahkan pengguna mendaftar bengkel dan quotation.

Jadi harapannya lepas ni lebih banyak la dapat pelajar untuk bengkel seperti WordPress dan Laravel. Kelas bermula dari level basic hingga intermediate. Hehehe.

#3 Rekabentuk baru untuk contact

Sebab dah ada halaman khas untuk pendaftaran dan quotation, aku adjust halaman Contact ni jadi satu laman contact yang normal seperti kebanyakan contact form di laman web lain.

#4 Tukar meter skill kepada carta web

Sebelum ni ada meter skill di halaman About, aku buang dan tambah carta web sebab bagi aku nampak lebih cool. Hehehe. Tapi buat masa ni, carta web ni masih lagi tidak responsive. Ceh.

Kesimpulan

Kalau dah biasa dengan Bootstrap 3, insyaAllah senang je nak guna Bootstrap 4 ni. Kena rajin berlatih je la lepas ni. Ada sebarang komen pasal Pisyek.com yang menggunakan Bootstrap 4 ni?