Dah siap design, Pisyek pun terus ke website Limiteez.com untuk tempah baju. Limiteez.com memang power beb.
Korang boleh pilih jenis baju apa yang korang nak, lepas tu upload design. Boleh buat editing juga dekat website dorang tu. Bila dah puas hati dengan editing, boleh terus checkout dan bayar secara online.
Setiap kali order korang diproses (tengah printing ke, dah drop untuk delivery ke), korang akan dapat emel status.
Pisyek order pada 22 Mac, kemudian dapat tshirt yang ditempah pada 31 Mac. Korang rasa laju ke tak servis dorang ni? Jadi kalau korang nak cuba beli tshirt custom print yang murah, boleh la try sini.
Masa mula-mula Pisyek dapat baju, dekat baju ada sedikit kesan kotor/dakwat. Pisyek contact balik pihak Limiteez ni dan dorang cadangkan untuk Pisyek cuba basuh dulu tshirt yang kotor.
Alhamdulillah kesan kotor tu macam hilang. Jadi pada pandangan Pisyek mungkin Limiteez boleh masukkan baju terlebih dahulu dalam plastik sebelum dibungkus untuk elakkan kejadian seperti ini berulang.
Pisyek bagi rating 4/5 untuk Limiteez. Kalau korang pernah beli tshirt/berurusan dengan Limiteez, boleh kongsikan diruang komen di bawah.