Masalah Biasa Motor Demak Skyline dan Cara Mengatasinya

demak skyline gt

Aku dah menggunakan motor Demak Skyline ni hampir setahun. Rasalah dah “qualified” kot untuk ulas “common problems” atau masalah-masalah kebiasaan yang dialami oleh pengguna Demak Skyline ni.

Setakat ini, Demak telah mengeluarkan 3 model Skyline iaitu Skyline v1 (200 cc), Skyline v2 (200 cc), dan Skyline GT (250 cc).

Di sini aku senaraikan beberapa “problem” Demak Skyline. Kalau korang nak tambah, boleh tinggalkan komen di bawah. Nanti aku kemaskini post ni.

Antara masalah yang biasa terjadi kepada pengguna Demak Skyline:

Masalah Rantai Cepat Kendur

Yang ni memang antara permasalahan yang sangat popular sebab kebanyakkan pengguna mengatakan dalam seminggu-dua rantai mesti kendur. Cara penyelesaian:

  1. Potong 1-2 mata rantai; atau
  2. Tukar rantai kepada 428H atau jenama yang bagus; atau
  3. Tegangkan je la tiap-tiap kali rantai kendur