Pengalaman Pertama Menggunakan Mi Band 2 Murah

Aku dah mula menggunakan Mi Band 2 ni sejak awal bulan Disember hari tu. Kalau korang usha Lazada masa BlackFriday ke, Sale 12.12 ke, mungkin jumpa Mi Band 2 semurah RM80++.

Aku beli dalam RM109. Kalau beli dari Official Mi Store dekat Lazada, harga lebih kurang RM128. Jadi jimat juga la kalau korang beli masa sale. Sekarang ni pun masih ada juga penjual yang menjual Mi Band 2 murah-murah.

Tips beli Mi Band 2 murah? Kena pandai cari di 11Street atau Lazada je. Hehe.

Jadi hari ni nak kongsikan sedikit pasal Mi Band 2 aku ni. Aku pakai dalam 19 hari baru recharge. Boleh tahan lama juga la kan. Ada ofismet tu beli smartwatch katanya, tapi hari-hari kene charge. LOL.

mi-band-2-pisyek-screenshot

Apa yang menarik Mi Band 2 berbanding Mi Band terdahulu?

Mi Band sekarang ada LED screen. Boleh tunjuk masa dan tarikh, jumlah langkah, jumlah kalori yang dibakar, heart rate, dan peratusan bateri. Algoritma yang digunakan untuk kira langkah pun dah lain sekarang.

Mi Band Pulse aku yang dulu tu hari-hari senang je dapat 8k Steps. Dengan Mi Band 2 ni, susah betul. Nampak tak, tak boleh nak ngelat dah. Hahaha.