Dalam post kali ini, aku nak kongsikan sedikit tips bagaimana memilih VPS hosting yang terbaik dan lebih nilai bagi setiap ringgit yang anda belanjakan untuk melanggan VPS hosting ni.
Dengan hadirnya lambakan VPS hosting murah di pasaran seperti Digital Ocean, Linode, Vultr dan lain-lain, mungkin ada yang tertanya-tanya kriteria apa yang perlu diambil kira selain daripada spesifikasi server (CPU, RAM, dan lain-lain).
Jadi, boleh la korang jadikan senarai dibawah sebagai satu checklist sebelum memilih VPS hosting idaman anda.
#1 Managed vs unmanaged
Untuk anda yang tiada kemahiran teknikal dalam memasang dan memantau server boleh memilih untuk melanggan hosting bersama managed service. Kebiasaannya servis managed VPS hosting ini lebih (baca: sangat) mahal berbanding unmanaged hosting.
Unmanaged hosting memerlukan anda melakukan segalanya sendirian. Kalau anda mempunyai masa untuk menerokai dan mempelajari ilmu baru, saya cadangkan untuk ambil unmanaged hosting.
Jangan risau. Kalau tak tahu boleh Google. Boleh join kelas Pisyek juga kalau nak. 😛
#2 Jenis virtualization
Terdapat 3 jenis virtualization digunakan oleh kebanyakan VPS hosting; OpenVZ, XEN, dan KVM. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan.
Nasihat saya, anda perlu lebih berhati-hati dengan hosting yang menggunakan OpenVZ virtualization kerana kemungkinan “over sell” adalah lebih tinggi.
Anda boleh buat lebih kajian dan pembacaan lanjut mengenai virtualization ni.
#3 Lokasi server
Seperti mana yang kita tahu, lokasi server juga mempengaruhi kelajuan capaian pengguna ke website anda. Ini tidak lah menjadi isu sangat sebab cloud VPS seperti Digital Ocean, Linode dan lain-lain mempunyai beberapa lokasi datacenter di seluruh dunia.
Jadi korang boleh pilih lokasi yang lebih dekat dengan pengguna sasaran dan buat instance anda di situ. Contohnya jika sasaran pengguna website anda adalah Malaysia, pilih server di Malaysia atau Singapura.
#4 Kualiti dan prestasi hardware
Walaupun kebanyakan VPS hosting menawarkan pakej dengan harga yang sama, kualiti dan prestasi server yang ditawarkan tak semestinya sama. Anda boleh buat benchmark sendiri atau rujuk benchmark yang telah dilakukan oleh pengguna lain.
Antara pengguna yang rajin buat benchmarking ni adalah Joshtronic. Beliau ada menulis beberapa post mengenai benchmarking VPS hosting.
#5 …
Tips yang kelima aku serahkan kepada korang. Mesti korang ada checklist sendiri kan bila mana nak beli hosting ni. Boleh kongsikan tips bagaimana memilih VPS hosting korang di ruang komen di bawah. Hehehe.
Kalau ada yang nak belajar setup VPS hosting untuk WordPress khususnya, klik sini untuk set appointment. Terbuka kepada individu atau kumpulan kecil.