Giveaway Domain Dot Com dan WordPress Web Hosting Percuma

Sempena ulangtahun hari lahir Pisyek pada 21 Oktober akan datang ni, Pisyek dengan bermurah-hati nak buat satu giveaway domain dot com dan WordPress web hosting percuma. Sila teruja. Hehehe.

giveaway domain wordpress hosting pisyek

Untuk “giveaway” kali ini, DUA peserta yang bertuah akan mendapat:

  1. Satu domain dot com pilihan anda
  2. WordPress web hosting sebanyak 2 GB
  3. SSL percuma seumur hidup (selagi menggunakan web hosting tersebut)

Domain dan web hosting adalah percuma untuk satu tahun yang pertama sahaja. Jadi, macam mana nak sertai giveaway ni? Sila baca dengan teliti dalam perenggan seterusnya.

Kalau tak faham boleh tanya ok.

Terma dan Syarat Penyertaan Giveaway

#1 Anda semestinya LIKE FB Pisyek.Com. Kalau tak LIKE tak sah.

#2 LIKESHARE post FB Pisyek.com di sini di FB masing-masing. Pastikan korang share dan set kepada public. Jadi boleh la Pisyek cek di FB masing-masing.

#3 Tulis satu blog post pasal “first impression” korang terhadap blog Pisyek dan kenapa Pisyek perlu pilih korang sebagai pemenang. Mohon komen murni-murni je pasal Pisyek. Hahaha.

#3.a. Blog post korang perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

i> Minimum perkataan adalah 200.
ii> Minimum satu backlink ke pisyek.com
iii> Minimum satu backlink ke blog post giveaway ini.
iv> Peserta boleh menulis lebih daripada satu blog post.

#4 Peserta perlu tinggalkan komen link blog dan FB masing-masing diruang komen untuk menyertai giveaway ini. Senarai nama peserta akan dikemaskini oleh Pisyek dihujung blog post ini.

#5 Giveaway ini akan berlangsung dari 21 Oktober sehingga 11 November 2017, jam 11:59 malam (UTC+8). Penyertaan selain daripada tempoh yang dinyatakan adalah tidak sah.

#6 Keputusan akan diumumkan pada 30 November 2017, jam 11:59 malam. Keputusan penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

#7 Pihak penganjur berhak meminda terma dan syarat tanpa sebarang notis pada bila-bila masa. Sila rujuk blog post ini untuk sebarang perubahan.

#8 Pemenang akan dihubungi oleh Pisyek menerusi emel/facebook dalam tempoh 24 jam setelah keputusan diumumkan.

Kesimpulan

Nasihat Pisyek, kalau rasa nak menang tu, puji la Pisyek banyak-banyak dalam blog korang. Hahaha. Boleh SHARE post FB Pisyek.com ni berulangkali di Facebook korang. Jangan spam orang lain dah la.

Blog post korang tu boleh tulis se-kreatif mungkin. Mungkin juga boleh tulis seikhlas hati. Mana tahu Pisyek boleh terkagum dengan entri korang tu dan korang terpilih sebagai pemenang. Hahaha.

Senarai Peserta Giveaway

<tiada pernyertaan>

13 Replies to “Giveaway Domain Dot Com dan WordPress Web Hosting Percuma”

  1. Salam nak tanya, tulis blog tu tulis di blog sendirikan dgn minimum 200 patah perkataan tapi dua “Backlink” tu macam mana nak attach dalam blog tak berapa faham.

    1. Salam Iza

      Iza cuma perlu masukkan 2 link tersebut dalam blog post Iza. Contoh macam dalam point 3.a di atas.

      Pisyek masukkan link pada perkataan pisyek.com dan blog post giveaway.

    1. Hahaha. Jemput join abam bear.

      Walaupun aku tau orang power-power macam abam bear ni mana nak join giveaway macam ni.

      Hehehe.

        1. Alah, join je la abam bear.

          Nanti sure aku tak pilih ko sebagai pemenang sebab takut banyak sangat hosting.

          Kah3. 😛

Comments are closed.