Web Hosting Paling Berbaloi 2021

web hosting murah 2021

Mungkin anda sedang mencari web hosting yang paling murah dan berbaloi untuk projek website anda untuk tahun baru 2021 ini. Jangan pening lagi!

Pada pendapatan Pisyek, OMG-Host sedang menawarkan pakej shared hosting yang sangat menarik. Pakej yang dimaksudkan adalah pakej shared hosting CPanel NVME Go.

Sebelum ni Pisyek ada tulis berkenaan 5 web hosting murah Malaysia yang anda boleh beli. Tapi pakej web hosting ni lebih murah dah berbaloi!

Pakej CPanel NVME Go

Pakej ini menawarkan beberapa fungsi yang menarik pada harga yang sangat murah dan berbaloi:

  • Ada CPanel
  • Litespeed server
  • 30GB disk space
  • 300GB bandwidth
  • 3GB memory WordPress optimize
  • 30 add-on domain

CPanel

CPanel merupakan control panel yang memudahkan kita untuk uruskan website di shared hosting. Tak semua syarikat menawarkan CPanel kepada pelanggan mereka.

Alternatif kepada CPanel yang popular dalam kalangan penyedia web hosting adalah DirectAdmin dan Plesk.

Litespeed Server

Litespeed server merupakan satu server yang telah di-optimize-kan untuk WordPress. Jadi jika anda inginkan web hosting untuk website/blog/e-commerce anda yang menggunakan WordPress, pakej dari OMG-Host ini sangatlah sesuai.

Litespeed juga menyokong protokol HTTP/3. Jadi website anda akan menjadi lebih pantas lagi dengan menggunakan protokol yang terbaru ini.