Belajar Bina Sendiri Website E-commerce Menggunakan WordPress

bina sendiri website e-commerce

Pada hari Isnin yang lalu, Pisyek baru sahaja melancarkan study group belajar bina sendiri website e-commerce secara mudah dengan kos permulaan yang sangat murah.

Kelas ni Pisyek secara buat online sahaja dalam Facebook group. Jadi boleh join dan belajar mengikut masa masing-masing. Kalau nak belajar bina website e-commerce dengan yuran yang tidak membebankan? Rujuk sini.

Melalui study group ini, Pisyek akan ajar secara teori dan praktikal bagaimana anda dapat bina sendiri website e-commerce anda.

Jangan cakap Pisyek tak payung. Hehehe. 

Umum mengetahui bahawa trend pengguna sekarang adalah lebih kepada online shopping kerana lebih mudah dan cepat. Jadi kepada anda yang masih lagi tidak mempunyai website e-commerce ni, tunggu apa lagi?

Mungkin ada antara anda beranggapan bahawa memiliki website e-commerce adalah sukar kerana kos adalah mahal. Anda rasa tak mampu nak tampung yuran langganan platform e-commerce yang sedia ada di pasaran.

Jom belajar sendiri bina website

Dengan menyertai study group ini, anda akan memperoleh beberapa kelebihan antaranya:

#1 Jimat Wang

Yuran untuk menyertai study group ini amatlah murah. Buat masa ini, yuran yang dikenakan adalah RM97 sahaja. Akan tetapi, tawaran ini Pisyek buka untuk 30 orang yang pertama sahaja.

Dengan yuran yang sangat berbaloi ini, anda dapat belajar tak kira masa dan tempat. Tiada had masa.

#2 Tambah Kemahiran

Anda juga dapat meningkatkan kemahiran teknikal secara tidak langsung dengan mempelajari sedikit sebanyak dengan cara membina sendiri website e-commerce anda.

#3 Tambah Pendapatan

Bila dah ada kemahiran nanti, boleh la ambil upah bina website untuk orang lain pula. Lumayan juga kalau dapat job bina website e-commerce ni sebenarnya mencecah ribuan ringgit.

Ha, dah gelap mata belum? Hehehe.

Saat blog post ini ditulis, masih ada 20 lagi kekosongan untuk study group Pisyek ni. Kalau berminat boleh la baca dan ikut arahan lanjut di Facebook Pisyek.com macam mana nak bina sendiri website e-commerce menggunakan WordPress.