Macam mana cara yang senang untuk follow up status claim AIA anda (contohnya)? Kontek AIA la. Hehehe.
Tapi, untuk memudahkan korang semua, aku nak kongsikan pengalaman aku follow up status claim AIA aku tu. Aku claim dengan mengisi borang dan hantar melalui perkhidmatan pos dalaman syarikat. Syarikat tempat aku bekerja sekarang menawarkan insurans AIA untuk staff.
Korang boleh hubungi nombor yang tertera di belakang kad AIA. Di belakang kad aku tertera nombor seperti: 1-300-8888-60/70. Aku hubungi nombor ni dan kira-kira 5 minit kemudian lepas bercakap dengan mesin, baru la dapat nombor telefon bahagian yang menguruskan claim ni.
Nombornya adalah: 03-2719-7818, ext 8104
Dan aku pun telefon la nombor kedua ni. Dan ada seorang wanita Indian (daripada loghat English yang aku dengar, aku rasa la) dan dia tolong check status claim AIA aku. Tak sampai 10 minit pun aku bercakap dengan beliau. Dia minta no IC, kemudian dia check dan bagi tahu status claim AIA macam mana.
Yang agak mengejutkan aku adalah surat aku sampai kepada AIA agak lambat. Lebih kurang 2 minggu dari tarikh aku hantar surat ke peti post dalaman syarikat. Hurm.
Harap-harap AIA pun boleh proses cepat la. Cepat dapat duit. Hehehe. Sekian sahaja tips claim AIA daripada Pisyek.