Dah setahun lebih aku nikah dengan Bini. Tahun lepas beraya di kampung aku. Jadi tahun ni kami beraya di kampung Bini la pulak. Gilir-gilir katanya. Hehehe.
Hari khamis minggu lepas, kami bertolak balik ke Penang dengan menaiki kapal terbang. Berlepas dari KLIA 2 dan mendarat di Bayan Lepas. Perjalanan dari KLIA 2 ke Bayan Lepas hanya mengambil masa 1 jam sahaja.
Tips Parking Murah di KLIA 2
Jumlah harga tempat letak kereta yang aku bayar untuk 4 hari (Khamis – Ahad) cuma sebanyak RM14. Rahsianya? Aku letak kereta di Putrajaya Sentral dan kemudian naik ERL ke KLIA 2. Tambang ERL sebanyak RM6.
Tadaaaaa!
Dah jimat duit. Kalau park kereta di KLIA 2, harga dalam RM40 satu hari. Kalau korang poket tebal mungkin tak kisah. Hehehe.
Malam Raya
Aku pergi beli seluar raya di kedai HiStyle, Sunway Carnival Mall. Seluar yang aku nak beli tu aku pernah beli dulu di kedai HiStyle cawangan Ipoh (tahun 2013) tapi dekat cawangan Sunway Carnival Mall ni warna yang aku nak takde stok.
Jadi aku beli la 2 helai seluar yang aku nak tu, tapi warna lain. Lepas balik dari beli seluar aku pasang langsir raya. Lepas tu tengok TV, siap tertido lagi depan TV. Hehehe.