Hari Raya Pertama
Selepas solat sunat Hari Raya, kami beraya di rumah Mak Su (sebelah rumah je pun). Mak Su masak mee hoon sup. Kemudian kami ke rumah Ustazah tempat Bini belajar mengaji masa kecil dulu.
Seterusnya, kami semua balik ke kampung Bapak di Kuala Kurau. Antara rumah yang kami singgah adalah rumah Tok Lang, rumah Pak Ngah, dan kubur Tok/Tok Wan.
Kat rumah Tok Lang ada durian. Pagi-pagi raya lagi dah layan durian. Peh. Nasib baik sedap, lemak berkrim disukai ramai. 🙂
Selepas balik dari Kuala Kurau, aku dan Bini ke rumah Mak Su untuk kali kedua sebab nak makan mee hoon sup (lagi). Kata Mak Su, anaknya Mimi buat semua kuih-kuih untuk raya kali ni. Aku makan kerepek ubi pedas dengan agar-agar sumi. Sedap.
Kemudian kami ke rumah Ayah (adik kepada Mak) yang bersebelahan dengan rumah Mak. Walaupun rumah Ayah dengan Emak ni dekat, tapi inilah kali pertama aku ke rumah Ayah secara dekat. Sebelum ni jeling dari jauh je. Ekekeke.
Pada sebelah malamnya, aku dengan adik ipar bakar sate.
Hari Raya Kedua
Mak mentua masak nasi tomato untuk tetamu yang datang. Dibantu oleh Bini dan adik ipar. Aku tolong tengok je. Memang pemalas kalau nak masak-masak ni. Huhuhu.
Ramai juga yang datang. Sepupu Mak, saudara-mara, kawan-kawan Bini pun ada yang datang.
Sebelah petangnya, aku, Bini, dan Nazneen ke rumah Syafiq Izzat di Pekan Darat. Nasib baik dapat duit raya. Berbaloi la jugak datang. Hahaha.