Cara Semak Kelayakan Program atau Kursus di IPT

mqa logo

Hari ni aku akan kongsikan cara yang mudah untuk menyemak kelayakan sesuatu program atau kursus di IPT, sebagai sambungan kepada entri yang lepas; Kepentingan Mengambil Kursus Yang Diiktiraf MQA/JPA.

Program atau kursus di IPT yang dimaksudkan di sini adalah termasuk kursus-kursus yang ditawarkan di universiti-universiti awam, universiti-universiti swasta, kolej-kolej swasta, politeknik, kolej universiti, kolej MARA dan lain-lain, dalam dan luar negara.

Sebagai contoh; aku dulu ambil program Bachelor of Technology (Hons) Information and Communication Technology di Universiti Teknologi PETRONAS.

Anda boleh menyemak status berkenaan sesuatu program atau kursus di laman web MQA atau MOHE. Kebanyakan maklumat mengenai kursus ada dalam kedua-dua portal. Tapi ada juga yang ada di MQA, takde di MOHE dan sebaliknya. Korang boleh semak sendiri.

screenshot
Screenshot dari laman web MOHE

Maklumat penting yang anda perlu semak adalah tarikh program diiktiraf. Pastikan nama program yang dicari tu tepat dan kalau masih ragu-ragu tentang keputusan yang terpapar di laman web, boleh la cuba hubungi jabatan yang berkaitan.

Sekian sahaja perkongsian ringkas dari saya. 🙂