Pengalaman Pertama Tukar Rantai Motor Demak Skyline

demak skyline gt

Korang yang selalu tunggang motor ke tempat kerja, mesti pernah servis atau tukar rantai motor. Hari ni aku berkesempatan untuk tukar rantai motor Demak Skyline yang tersayang.

Sejak menggunakan Demak Skyline tiga tahun yang lepas, ini adalah kali pertama aku tukar rantai motor. Rantai motor mempunyai jangka hayatnya yang tersendiri dan perlu di tukar sebelum atau bila tiba masanya.

Macam mana aku tau bila rantai motor perlu ditukar? Continue reading “Pengalaman Pertama Tukar Rantai Motor Demak Skyline”

#MotoVlog Pergi Kerja Balik Kerja

demak skyline gt

Aku tengok banyak post #motovlog dalam Youtube, jadi aku pun nak cuba jugak la. Hehehe. Dengan menggunakan Demak Skyline dan kamera Xiaomi Yi, aku pun cuba shoot dari Wangsa Maju ke KLCC.

Ada banyak tempat untuk pasang kamera seperti atas helmet, tepi helmet, tengah dada, handle motor, tapi aku memilih untuk pasang kamera dengan dagu helmet. Nasib baik la ada helmet fullface.

Aku rasa macam lagi sesuai la kot sebab kalau atas helmet nampak macam tinggi sangat. Kalau tepi nanti nampak helmet pulak. Jadi dagu helmet mungkin pilihan yang terbaik. Continue reading “#MotoVlog Pergi Kerja Balik Kerja”

Review Helmet CRG ATV 1 (Simpson Bandit)

CRG ATV 1

Semalam aku berjaya membeli sebuah helmet “Full Face” pertama aku yang berjenama CRG. Reka bentuk helmet CRG ATV 1 ni diilhamkan dari model helmet Star Wars tak pun Simpson Bandit.

Cantik betul kan design helmet Simpson ni. Stylo gila! Tapi harga boleh tahan cantik la jugak, sekitar $400 USD. Helmet jenama CRG yang aku beli ni harga RM300 je. Hehehe.
Continue reading “Review Helmet CRG ATV 1 (Simpson Bandit)”

Masalah Biasa Motor Demak Skyline dan Cara Mengatasinya

demak skyline gt

Aku dah menggunakan motor Demak Skyline ni hampir setahun. Rasalah dah “qualified” kot untuk ulas “common problems” atau masalah-masalah kebiasaan yang dialami oleh pengguna Demak Skyline ni.

Setakat ini, Demak telah mengeluarkan 3 model Skyline iaitu Skyline v1 (200 cc), Skyline v2 (200 cc), dan Skyline GT (250 cc).

Di sini aku senaraikan beberapa “problem” Demak Skyline. Kalau korang nak tambah, boleh tinggalkan komen di bawah. Nanti aku kemaskini post ni. Continue reading “Masalah Biasa Motor Demak Skyline dan Cara Mengatasinya”

Demak Skyline GT 250 cc

demak skyline gt

Aku baru je beli motor Demak Skyline pada bulan oktober tahun lepas. Bulan ni Demak telah melancarkan satu lagi model Skyline yang baru; Demak Skyline GT. Kalau nak diikutkan Demak Skyline ni mula diperkenal pada tahun 2014.

Apa yang menariknya Demak Skyline GT ni? Antara ciri-ciri baru yang diperkenalkan dalam model ini adalah:

  • Enjin 250 cc
  • Oil cooled system
  • Transmisi dengan 6 kelajuan

Berikut merupakan spesifikasi penuh Demak Skyline GT: Continue reading “Demak Skyline GT 250 cc”