Misi Mencari Demak Skyline 200 Murah

Korang percaya tak aku beli kamera Xiaomi Yi sebab aku nak beli Demak Skyline 200 ni? Hehehe. Beli Yi Cam sebab nak rekod pemandangan semasa menunggang Demak Skyline. Bunyi macam poyo tapi macam best pun ada. Ekekeke.

Jadi aku dengan Faris pun pergi la ke Jalan Genting Klang untuk misi mencari Demak Skyline 200 yang murah. Motor ni dah la cap ayam (orang kata la), pastu nak cari yang lagi murah. Dasar cheapskate macam ni la. Hehehe. Continue reading “Misi Mencari Demak Skyline 200 Murah”

5 Fakta Penting Mengenai Xiaomi Yi

xiaomi-yi-cam

Minggu lepas, aku ada beli kamera aksi yang murah; Xiaomi Yi Action Camera di 11 Street. Jadi sekarang boleh la acah-acah amik gambar macam ada GoPro. Hahaha. Jadi sebagai pengguna Xiaomi Yi, aku terpanggil untuk kongsikan pengalaman aku dengan Xiaomi Yi ni.

Jadi, 5 fakta penting yang perlu anda tahu mengenai Xiaomi Yi atau turut dipanggil Yi Cam adalah seperti berikut:

Xiaomi Yi Harga Mampu Milik

Untuk korang yang poket nipis macam aku, memang sesuai sangat dengan gajet ni sebab dalam RM300+- pun dah boleh beli. Pada aku, kualiti yang ditawarkan amatlah bersesuai dengan harganya. Boleh tengok di Youtube untuk ulasan yang lebih terperinci. Continue reading “5 Fakta Penting Mengenai Xiaomi Yi”

Pengalaman Pertama Membeli Secara Online di 11 Street

Ini kisah bagaimana aku buat pertama kalinya membeli-belah di 11 Street. Macam pernah dengar pasal 11 Street ni kan? Ala, yang keluar iklan dalam TV tu. Hehehe.

Macam mana boleh terfikir nak beli barang di 11 Street?

Dalam sehari dua ni aku teringin nak beli kamera aksi (action camera) macam GoPro tu. Tapi aku nak cari yang murah-murah je la. Aku mana ada duit sangat walaupun dah berjaya kumpul beratus USD daripada fiverr, bukan taraf aku untuk pakai GoPro ni.

GoPro Hero 4 pun kurang-kurang dalam RM2000. Jadi mengenangkan aku pun bukan orang yang banyak duit, kena la cari kamera aksi versi bajet yang murah contohnya seperti SJ4000/SJ5000, RD990 atau Xiaomi Yi. Continue reading “Pengalaman Pertama Membeli Secara Online di 11 Street”