5 VPS Hosting Murah Malaysia 2018

vps hosting murah malaysia

Sebab aku malas nak ulas point-point di atas, marilah kita lihat senarai 5 VPS Hosting Murah Malaysia 2018 (Linux). Segala maklumat yang telah disusun di sini diperoleh daripada laman web VPS hosting masing-masing ketika entri ini ditulis.

VPS Malaysia

Pakej VPS yang ditawarkan oleh VPSMalaysia.com.my bermula serendah RM29/bulan. Antara spesifikasi yang ditawarkan adalah:

  • 25 GB storage
  • 1 GB RAM
  • 1 core CPU
  • 2 TB data transfer

Antara tarikan yang ditawarkan adalah 2 GB burst RAM dan CPU yang lebih pantas daripada kebanyakan pembekal perkhidmatan yang lain.

Shinjiru

Pakej yang ditawarkan oleh Shinjiru.com.my bermula serendah RM29/bulan.  Antara spesifikasi yang ditawarkan adalah:

  • 25 GB storage
  • 1 GB ram
  • 1 core CPU
  • Un-metered data transfer

Servis yang ditawarkan oleh Shinjiru kelihatan agak sama dengan VPS Malaysia. Tapi belum cuba belum tahu. Hehehe.

WebServer

Setakat ini, Pisyek jumpa hanya WebServer.com.my yang menawarkan pakej VPS Hosting serendah RM20/bulan. VPS Hosting anda akan diaktifkan dalam masa 1 minit selepas bayaran disahkan. Antara spesifikasi yang ditawarkan adalah:

  • 20 GB storage
  • 1 GB ram
  • 2 core CPU
  • 250 GB data transfer

Untuk maklumat lanjut, boleh layari webserver.com.my untuk melihat pakej yang termurah ini.

Hostinger

Hostinger menawarkan pakej VPS Hosting serendah RM32.50/bulan dengan spesifikasi seperti berikut:

  • 20 GB storage
  • 1 GB ram
  • 2 core CPU
  • 1 TB data transfer

Selain daripada pakej di atas, Hostinger.my juga menawarkan pakej web hosting unlimited + domain percuma. Untuk lebih lanjut, boleh cek laman web Hostinger.

Exabytes

Exabytes merupakan antara pembekal perkhidmatan yang dah lama bertapak dalam industri web hosting ni. Menurut laman web Exabytes.com.my, anda boleh memiliki VPS Hosting dengan harga serendah RM30/bulan dalam tempoh promosi Jan 2018. Antara spesifikasi yang ditawarkan:

  • 20 GB storage
  • 1 GB ram
  • 1 core CPU
  • 1 TB data transfer

Kesemua VPS Hosting yang disebutkan di atas hadir dengan 1 dedicated IP secara percuma. Ada yang dah guna servis VPS Hosting di atas? Boleh kongsikan pengalaman anda dalam ruang komen di bawah.

Harap anda berpuas hati dengan senarai 5 VPS Hosting murah Malaysia 2018 yang tersenarai di atas. Kalau ada yang lagi best, boleh bagitahu nanti aku update ok?

6 Replies to “5 VPS Hosting Murah Malaysia 2018”

  1. saya nak upgrade hosting yang lebih power supaya lebih laju..

    setakat ini trafik blog saya masih slow namun risau jika peningkatan sangat mendadak kesan dari permainan SEO 2018

    boleh bagi cadangan

    1. Banyak aspek yang perlu diambil kira dalam meningkatkan prestasi blog terutamanya blog berasaskan WordPress.

      “..lebih power supaya lebih laju..” ini mungkin tidak tepat untuk semua situasi.

      Cadangan saya kalau nak pilih hosting, pilih yang paling dekat dengan majoriti pengguna website tuan supaya latency dapat dikurangkan.

      Jadi pengguna dapat akses kepada website dengan lebih pantas. 🙂

  2. Technically saya masih kurang arif berkenaan beberapa perkara.
    Saya tak pasti samada pemilihan hosting juga mempengaruhi nilai sesebuah blog?

    1. Nilai website bergantung kepada siapa yang menilainya.

      Tapi website yang bernilai ni selalunya banyak trafik/pengguna dan sememangnya memerlukan hosting yang bagus untuk tampung jumlah pengguna yang ramai.

      Kalau guna servis cap ayam, result cap ayam jugak la yang kita dapat. 😀

  3. Jika tidak silap baru2 ni Cloudcone antara provider VPS di luar Malaysia yng agak berbaloi juga…antara feature terbaik boleh customize keperluan kita cth 3GB VPS dlm lingkungan USD 8.00..

    Antara kelebihan lain VPS ini ialah kita boleh customize server kita samada menggunakan module Pagespeed yg boleh lajukan lagi blog kita…menggunakan lebihan RAM utk simpan cache dll..dimana lebih pantas dari menyimpan di SSD

    Cloudcone menggunakan ADNS..membantu loading blog juga..huhu

Comments are closed.