Review DataKL Hosting Setelah Hampir 10 Tahun Menggunakannya

Salam sejahtera semua. Ini adalah review DataKL Hosting setelah hampir 10 tahun aku menggunakannya (2008-2017); seperti yang dijanjikan dalam entri linode aku sebelum ni.

Dah 10 tahun baru nak review. Kebiasaannya orang lain review dalam masa sebulan-dua. Hahaha. Jadi, apa yang bagus dan tak bagusnya pasal DataKL Hosting ni?

Pakej DataKL Hosting

Pada awal permulaan aku dalam bidang pembinaan laman web, DataKL Hosting merupakan antara syarikat yang mempunyai reputasi yang bagus dalam kalangan netizen.

Maka, setelah membuat perbandingan antara web hosting yang lain pada ketika itu, aku dengan senang hatinya membeli domain pisyek.com dan pakej web hosting daripada DataKL. Harga domain pada ketika itu adalah RM35/tahun manakala pakej web hosting sebanyak RM60/tahun.

Harga domain dan web hosting tersebut kiranya mampu milik lah bagi seorang pelajar seperti aku pada ketika itu.

Tapi sekarang dah tak dapat lah harga macam dulu. Sekarang domain dot com dikenakan caj sebanyak RM50 dan pakej paling murah yang boleh anda beli di DataKL Hosting adalah sebanyak RM95.

Nak beli domain murah boleh ke namesilo.com dan gunakan kupon diskaun PISYEK untuk dapatkan diskaun $1. PERCUMA whois protection seumur hidup!

5 Replies to “Review DataKL Hosting Setelah Hampir 10 Tahun Menggunakannya”

  1. Aku baru je tukar hosting lain ke datakl sebab provider lama teruk sangat tak aktif.. banyak staff plak yang menjawab tapi yang penting dorang reply. hahah

    1. Ha, part reply tu dah bagus dah.

      Tapi yang rasa ralatnya bila takde SSL Manager tu. Tahun depan Google nak enforce semua website pakai HTTPS.

      Jadi kena ada SSL.

      Harapnya DataKL berubah la nanti sebab sekarang pun kebanyakan web hosting siap offer free SSL.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *