Cara Kekalkan Caruman Berkanun KWSP Kepada 11%

kwsp

Rata-rata yang sudah bekerja semestinya dah tahu pasal berita ni. Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah membuat pengumuman semasa pembentangan semakan penyesuaian semula Bajet 2016 pada 28 Jan yang lalu mengenai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengurangan kadar berkanun caruman KWSP syer pekerja daripada 11% kepada 8% untuk pekerja berumur di bawah 60 tahun dan daripada 5.5% kepada 4% untuk pekerja berumur 60 tahun dan ke atas, mulai gaji bulan Mac 2016 sehingga bulan Disember 2017.

Kepada anda yang memilih untuk mengekalkan kadar caruman, langkah-langkah nya adalah sangatlah mudah. Anda hanya perlu:

  1. Isi Borang KWSP 17A (Khas2016)
  2. Dapatkan pengesahan daripada majikan
  3. Hantar borang ke cawangan KWSP berhanpiran

Senang kan? Hehehe. Untuk maklumat lanjut dan FAQ, boleh ke laman sesawang KWSP. Sejak aku jadi HR ni, mana ada post entri pasal HR. Ini pun nasib baik rajin. 😛

Penafian: Ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Untuk maklumat lanjut, sila ke kaunter KWSP berhampiran anda.