Cara Bayar Zakat Pendapatan Selangor Online

cara bayar zakat selangor online

Tahun 2019 bakal menutup tirainya beberapa hari saja lagi. Jadi rasanya elok sangat kalau aku kongsikan macam mana cara bayar zakat pendapatan selangor secara online ni.

Untuk pengetahuan semua, segala pembayaran zakat seperti zakat fitrah, zakat perniagaan, zakat pendapatan, zakat emas, zakat kwsp, zakat pelaburan adalah dibolehkan untuk anda menuntut rebat cukai. Boleh rujuk di sini: LHDN e-Filing

Jumlah rebat yang dibenarkan kepada individu adalah dihadkan kepada jumlah cukai pendapatan yang dikenakan untuk suatu tahun taksiran.

Jadi bagaimana cara bayar zakat secara online?

Continue reading “Cara Bayar Zakat Pendapatan Selangor Online”

ToyyibPay – Online Payment Gateway Termurah

toyyibpay pisyek

Sudah lebih sebulan aku guna ToyyibPay ni. Jadi aku rasa selayaknya sudah untuk aku buat ulasan (baca: review) berkenaan ToyyibPay ni.

Bagi anda yang tak pernah dengar pasal ToyyibPay, ia merupakan satu online payment gateway yang dikatakan termurah dipasaran.

ToyyibPay menawarkan hanya dua pakej buat masa ini; Pakej Standard dan Pakej Santai. Jadi anda tak perlu nak pening kepala untuk pilih pakej yang mana untuk digunakan.

pakej toyyibpay

Yang menariknya pada Pakej Santai, anda tak dikenakan sebarang caj untuk sebarang transaksi perbankan online. Untuk kredit kad pula, hanya caj 2% dikenakan untuk kedua-dua pakej.

Ikut pengalaman aku dalam sebulan ni, masa yang diambil untuk proses transaksi melalui kredit kad adalah dalam masa 10 hari sahaja.

Cara Daftar ToyyibPay

Mudah sahaja. Sila ke laman web ToyyibPay, kemudian klik daftar. Masukkan maklumat anda seperti yang diminta. Kemudian anda akan mendapat satu emel pengesahan. Itu sahaja!

borang daftar toyyibpay

Pastikan maklumat anda adalah betul terutamanya maklumat akaun bank kerana pihak ToyyibPay tidak membuat sebarang pengesahan.

7 Gambar Gentleman 200 Modified untuk Inspirasi Anda

GPX Gentleman 200 Malaysia

Rata-rata dari penggemar motorsikal di Malaysia serasa aku sudah maklum sangat akan kehadiran motorsikal daripada satu pengeluar motor Thailand, GPX Racing.

Dah lama GPX Malaysia ni duk promo nak bawa masuk beberapa model motorsikal mereka seperti Demon 150GR, Demon 150GN dan motorsikal berkonsepkan cafe racer, Gentleman 200.

Aku tengok Gentleman 200 ni macam lawa juga. Lebih-lebih lagi bila dah modified. Tak caye tengok sini ha:  Continue reading “7 Gambar Gentleman 200 Modified untuk Inspirasi Anda”

Pengalaman Pertama Port-In ke Tune Talk dari Celcom

Tune Talk Online Plan +Vibe

Semalam aku dah berjaya port-in ke Tune Talk dari Celcom. Jadi aku ingat nak celebrate la dengan kongsikan pengalaman berharga aku ni dengan korang semua. Kalau korang nak tahu cara mudah untuk port-in ke Tune Talk, teruskan pembacaan.

Dalam usaha aku menurunkan perbelanjaan bulanan, antara bil yang aku rasa boleh kurangkan adalah bil telefon. Jadi aku dah buat sedikit analisis dari minggu lepas, aku rasa Tune Talk menawarkan pelan yang lebih murah berbanding pelan yang aku guna di Celcom.

Di Celcom, aku menggunakan pelan First Blue II, dengan caj bulanan sebanyak RM47.70. Melalui First Blue II ni, aku dapat 50 minit panggilan, 50 SMS, 2GB Internet + 2GB Weekend Internet. Pakej ini kemudiannya mendapat naik taraf 5GB Internet + 5GB Weekend Internet. Continue reading “Pengalaman Pertama Port-In ke Tune Talk dari Celcom”

Time Fibre Home Broadband Kini Hadir di Southville City

Time Fibre Home Broadband

Dalam perkongsian Pisyek sebelum ni mengenai perkhidmatan Sunway Digital Wave (SDW), Time Fibre Home Broadband masih lagi belum menawarkan servis mereka di Southville City.

Tapi sekarang mereka dah ada!

Apa yang menarik mengenai Time berbanding Unifi, SDW,  dan Maxis adalah mereka menawarkan pakej broadband yang paling murah dalam kelasnya berbanding penyedia internet yang lain.  Continue reading “Time Fibre Home Broadband Kini Hadir di Southville City”