Pengalaman Guna Internet Sunway Digital Wave

Sunway Digital Wave

Kali ini Pisyek nak kongsikan pengalaman pertama guna internet daripada Sunway Digital Wave. Pisyek baru je pindah ke rumah baru di Savanna Executive Suites, Southville City.

Pada masa sekarang hanya ada Sunway Digital Wave sebagai internet provider. Unifi dan Time takde lagi. Dan kenapa dorang tak masuk sini pun Pisyek musykil juga sebab kawasan sini ada lebih daripada 3000 unit.

Ikut logiknye boleh dapat ramai pelanggan la kan? Continue reading “Pengalaman Guna Internet Sunway Digital Wave”

Pengalaman Pertama Buka Akaun Syarikat CIMB

Setelah buka akaun syarikat di Maybank, aku pun buka satu akaun syarikat di CIMB pula. Ini adalah pengalaman pertama aku buka akaun syarikat CIMB tanpa introducer. Macam mana buka akaun syarikat CIMB tanpa introducer?

Kena la baca sampai habis. Aku buka akaun je, duit takde la banyak sangat pun. Hahaha. Ternyata pengalaman buka akaun akaun di CIMB tak serumit di Maybank.

Kenapa memilih CIMB?

CIMB antara bank yang mempunyai sistem perbankan online yang bagus. Jadi lebih sesuai jika anda membuka akaun syarikat di bank seperti CIMB atau Maybank untuk memudahkan urusan anda di kemudian hari.  Continue reading “Pengalaman Pertama Buka Akaun Syarikat CIMB”

Cara Bayar Zakat Pendapatan Melalui CIMBClicks

cimbclicks pisyek

Kali ni aku nak kongsikan macam mana cara mudah bayar zakat pendapatan melalui CIMBClicks. Sebenarnya aku pun baru pertama kali bayar secara online ni. Hehehe.

Sebelum aku tukar tempat kerja pada bulan Mei yang lalu, pembayaran zakat pendapatan memang aku terus potong daripada gaji bulanan. Tapi sekarang aku tak sempat lagi nak advise HR untuk buat pemotongan terus, itu yang aku kena buat secara manual.

Jadi tanpa membuat masa, korang boleh ikut langkah mudah cara bayar zakat pendapatan melalui CIMBClicks seperti berikut:  Continue reading “Cara Bayar Zakat Pendapatan Melalui CIMBClicks”

Pengalaman Guna Digi Infinite bersama TP-Link AC750 4G LTE Router

Aku baru je melanggan pelan pasca-bayar Digi yang terbaru; Digi 150 Infinite. Seperti mana  yang kita sedia maklum, Digi telah melancarkan 2 pelan pasca-bayar yang terbaru; Digi 100 Infinite dan Digi 150 Infinite.

Jadi, kenapa aku guna pelan  pasca-bayar Digi Infinite bersama TP-Link AC750 4G LTE router (Archer MR200) ni? Kenapa tak langgan Unifi, Time, MaxisHome Fibre dan lain-lain untuk kegunaan internet di rumah?

Unifi, Time, MaxisHome Fibre dan lain-lain fiber tu ada kontrak sehingga 2 tahun. Digi Infinite ni pula takde kontrak. Cuma perlu bayar 2 bulan terlebih dahulu ketika pendaftaran. Data pula tidak terhad. Boleh guna untuk tethering sampai lebam!  Continue reading “Pengalaman Guna Digi Infinite bersama TP-Link AC750 4G LTE Router”

Pengalaman Pertama Terminate Yes 4G Broadband

Pagi tadi aku berkesempatan ke sebuah cawangan Yes di Greentown, Ipoh untuk proses terminate Yes 4G broadband aku yang telah pun digunakan sejak 2 tahun yang lalu.

Aku melanggan Yes 4G Broadband dulu pun untuk kegunaan isteri tercinta ketika masih di universiti dulu. Kawasan rumah sewa beliau hanya Yes 4G Broadband sahaja yang ok.

Jiran-jiran sekitar pun masa tu memang pakai Yes 4G broadband je. Jadi terpaksa la ambil pakej Yes 4G ni. Plan Yes 4G yang diambil adalah Super 78 dan pada ketika itu pakej ini tertakluk kepada kontrak selama 24 bulan.  Continue reading “Pengalaman Pertama Terminate Yes 4G Broadband”