Cara Semak Kelayakan Program atau Kursus di IPT

mqa logo

Hari ni aku akan kongsikan cara yang mudah untuk menyemak kelayakan sesuatu program atau kursus di IPT, sebagai sambungan kepada entri yang lepas; Kepentingan Mengambil Kursus Yang Diiktiraf MQA/JPA.

Program atau kursus di IPT yang dimaksudkan di sini adalah termasuk kursus-kursus yang ditawarkan di universiti-universiti awam, universiti-universiti swasta, kolej-kolej swasta, politeknik, kolej universiti, kolej MARA dan lain-lain, dalam dan luar negara.

Sebagai contoh; aku dulu ambil program Bachelor of Technology (Hons) Information and Communication Technology di Universiti Teknologi PETRONAS. Continue reading “Cara Semak Kelayakan Program atau Kursus di IPT”

Kepentingan Mengambil Kursus Yang Diiktiraf MQA/JPA

mqa logo

Peh. Tajuk blog dah macam tesis budak ijazah sarjana muda. Kah kah kah. Penting sangat ke akreditasi oleh JPA atau MQA atau badan-badan berkaitan ni? Di sini aku nak kongsikan 3 sebab kenapa pentingnya anda mengambil kursus yang diiktiraf oleh MQA atau JPA.

Sila dengar nasihat daripada aku ini untuk adik-adik lepasan SPM yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, sebab benda ni serius ok. Ini adalah tips bagi menjamin kecerahan masa depan korang semua. Continue reading “Kepentingan Mengambil Kursus Yang Diiktiraf MQA/JPA”

Pengalaman Pertama Photoshoot di Taman Botani KL

pisyek

Hari ni aku berkesempatan ber-“photoshoot” bersama jurufoto Ashraf Naharudin di Taman Botani Kuala Lumpur atau juga dikenali sebagai Taman Botani Perdana. Banyak betul nama taman ni. Konfius kite.

Bini la yang beriya sangat nak ber-photoshoot ni. Dah lama juga kitorang merancang untuk ber-photoshoot. Syukur hari ni cuaca pun cerah dan kitorang berjaya bergambar di Taman Botani KL dengan jayanya.

Keluar rumah dalam jam 7.30 pagi dan tiba di Taman Botani KL lebih kurang jam 8 pagi. Di situ ada parkir kereta bertingkat. Ada mesin tiket berbayar tapi aku masuk secara percuma saja tadi.

Continue reading “Pengalaman Pertama Photoshoot di Taman Botani KL”

Pengalaman Pertama Menggunakan Mi Band Pulse Murah

mi band pulse

Kali ini aku nak menceritakan pengalaman menggunakan Mi Band Pulse keluaran Xiaomi semestiya. Aku baru je menggunakan Mi Band Pulse ni sejak 2 minggu yang lalu. Jadi aku rasa dah boleh dan lebih berkeyakinan untuk buat review Mi Band.

Untuk pengetahuan korang yang tak biasa dengan Mi band ni, Mi Band ada 2 jenis. Yang pertama adalah Mi Band biasa (tanpa PULSE) dan yang kedua Mi Band Pulse (boleh kira kadar denyutan nadi).

Dalam banyak-banyak “fitness tracker” atau penjejak kecergasan yang terdapat di pasaran seperti Fitbit Blaze, Garmin Vivo Smart HR, Jawbone UP2 dan lain lain, kenapa Mi Band Pulse? Continue reading “Pengalaman Pertama Menggunakan Mi Band Pulse Murah”

Jom Sertai Sepetang Bersama Blogger 2016

Sepetang Bersama Blogger (SBB) kini kembali untuk tahun 2016! Tapi SBB ni apa? Dianjurkan oleh Team Denaihati, majlis ini menghimpunkan penulis-penulis blog dari Malaysia dan luar negara seperti Indonesia, Singapura, dan lain-lain (yang mana nak datang la).

Walaupun nama majlis ni sepetang tapi sebenarnya ia berlangsung dari pagi sampai ke petang. Hahaha.

Pada tahun 2016, SBB 2016 akan diadakan pada 16 April 2016, bertempat di Dewan Campbell Complex, Kuala Lumpur.

Pendaftaran telah pun dibuka sejak Mac lepas lagi kalau tak silap. Tapi yuran promosi sebanyak RM30 kepada anda yang mendaftar sebelum atau pada 8 April 2016. Harga yuran biasa adalam RM50. Aku baru je daftar isnin lepas. Hehehe.

Jumlah kerusi yang disediakan terhad kepada 500 orang sahaja. Jadi kalau berminat boleh cepat-cepat mendaftar di SBB.my.

Apa yang menarik? Continue reading “Jom Sertai Sepetang Bersama Blogger 2016”