Kepentingan Mengambil Kursus Yang Diiktiraf MQA/JPA

mqa logo

Pada pandangan aku, budak-budak sekarang ni macam tak cakna akan perakuan akreditasi ni. Ke budak-budak ni tak tau pasal perakuan akreditasi?

Apakah itu Perakuan Akreditasi

Berikut merupakan petikan yang diambil daripada laman web MQA;

Perakuan Akreditasi adalah merupakan satu perakuan rasmi bahawa sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan kepada graduan mencapai standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan adalah selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Framework (MQF)

Program yang telah memperoleh Perakuan Akreditasi sahaja layak menggunakan perkataan ‘Akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)’ atau bentuk kenyataan lain dengan maksud yang sama dalam iklan dan tawaran kursus mereka.

Jadi apabila adik-adik lepasan SPM ni nak teruskan pengajian ke peringkat seterusnya, seelok-eloknya kalau korang boleh semak dulu akan status sesuatu kursus sebelum membuat keputusan. Anda mampu mengubahnya.

Setahu aku, kebanyakan kursus yang ditawarkan di IPTA memang bagus-bagus dan telah mendapat akreditasi MQA/JPA. Kursus-kursus di IPTS ni je yang kadang-kadang mengelirukan sikit (banyak sebenarnya). Aku tahu semua anak orang-orang kaya, boleh rembat je nak amik kursus apa di IPTS tapi kalau pun banyak duit, tak payah la buang masa juga ambil kursus yang tak diiktiraf.