Kepada anda yang masih lagi belum tahu, aku dah pun bergelar seorang ayah secara rasmi pada 1 Mei yang lalu. Tahniah kepada diri sendiri sebab dah jadi ayah. Hehehe.
Selepas anak dilahirkan di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, kami sekeluarga pun balik ke kampung (Penang). Dah alang- alang kat kampung, daftar je la anak kat kampung. Jadi aku pun pergi ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Seberang Perai Tengah, Jalan Ciku, Bukit Mertajam.
Untuk mengelakkan kesesakan trafik, aku bertolak awal dan tiba di JPN pukul 7.30 pagi. Kaunter JPN masih belum dibuka tapi dah ada seorang pakcik Cina tunggu depan pintu pejabat JPN ni sambil baca surat khabar.
Proses mendaftarkan anak baru lahir ni senang sangat rupanya. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:
1. Borang daftar kelahiran JPN LM01 (yang ini hospital dah isikan untuk aku)
2. Kad pengenalan ibubapa (asal dan salinan)
3. Sijil Kahwin (asal dan salinan)
4. Dokumen Bukti Kelahiran (asal dan salinan)