Dokumen bukti kelahiran tu asalnya aku bawa surat pengesahan kelahiran dari doktor dan buku rawatan ibu semasa mengandung. Tapi kakak kaunter JPN tu minta buku rawatan anak juga. Aku pun balik la rumah dan datang balik untuk hantar buku rawatan anak.
Surat kelahiran dapat dalam masa 15-30 minit, manakala kad MyKid pula selepas 3 bulan.
Pemerhatian Aku
Secara keseluruhan, proses aku tadi tu macam cepat juga la. Dalam sejam dah selesai semua. Orang kat JPN tadi pun tak la ramai sangat.
Tapi dorang ni pada pendapat aku tak berapa nak efisyen. Ada yang baru nak pegi sarapan. Keje macam rilek-rilek je. Kat sini ada kaunter servis untuk fotostat tapi takde orang yang jaga.
Ada sorang brother cina ni duduk sebelah aku membebel pasal servis JPN ni sebab dia kena cari servis fotostat kat luar. Tapi masa aku pergi tadi ada je staf JPN yang tolong. Hehehe.
“Kerja rilek, tengahari makan, pukul 5 balik. Kerja 5 hari seminggu saja.” – bebelan brother tadi.
Kesimpulan
Jika korang nak cari JPN yang kurang orang, mungkin boleh cuba datang JPN Seberang Perai Tengah ni la. Peace yaw.